Perjuangan Negara Islam Terbukti Retorik Palsu Pas

Hari ini, kita juga dapat melihat Pas tidak lagi konsisten dalam memperjuangkan konsep negara Islam kerana yang lebih penting bagi parti itu kini adalah menjaga hubungan dengan rakan pembangkang yang lain.

Tindakan Pas mengetepikan perjuangan penubuhan negara Islam, jelas menunjukkan agenda sebenar parti itu yang hanya mahu mendapatkan kuasa.

Perkara ini jelas kerana dalam muktamar Pas, tiada langsung ucapan yang menyebut mengenai penubuhan konsep negara Islam, malah hukum hudud yang dilaungkan selama ini tidak disentuh langsung.

Sebaliknya, mereka mengubah perjuangan itu kepada konsep negara kebajikan yang lebih disenangi rakan pembangkang lain iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Apa yang berlaku dalam Pas hari ini tidak pernah berlaku dalam UMNO kerana walau apa jua tohmahan yang dilemparkan, UMNO tetap konsisten dalam perjuangannya untuk membela rakyat.

Malah, UMNO tidak pernah keluar daripada landasannya untuk membela dan memperjuangkan Melayu iaitu umat Islam.

Kalau UMNO tidak mempertahankan Melayu iaitu Islam, siapa lagi mahu mempertahankan Islam kerana Pas tidak lagi bercerita mengenai Islam.

Rakyat kini perlu menilai perjuangan sebenar Pas yang sentiasa mengubah ideologi sedangkan apa yang UMNO pertahankan ini bukannya perkauman tetapi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.