Perlantikan Pengurus Besar PKNS Tidak Sah

Pendedahan Ketua Pembangkang Selangor mengenai gaji dan bonus Pengurus Besar PKNS berjumlah RM1.4 juta selama 2 tahun adalah amat memeranjatkan rakyat. Gaji dan bonus sebanyak itu adalah tidak masuk akal boleh diterima oleh seorang kakitangan awam kalau bukan kerana kronisme, korupsi dan salahguna kuasa yang diamalkan oleh Menteri Besar.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, GAPS berpendapat gaji dan bonus yang diberikan itu adalah sangat keterlaluan. Ia adalah 150% lebih tinggi dari yang pernah diterima oleh Pengurus Besar sebelum ini. Ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS ketika melantik Pengurus Besar ini.

“RM1.4 juta itu merupakan pendapatan Pengurus Besar itu dari gaji dan bonus untuk 2 tahun. Dengan gaji sebanyak RM40 ribu sebulan maknanya Pengurus Besar PKNS ini menerima RM160 ribu untuk bonus 2009 dan RM280 untuk bonus 2010.

Selain dari itu GAPS berpandangan perlantikan Pengurus Besar ini adalah tidak sah kerana Enakmen PKNS 1964 Sek 9(3) menyebut pegawai PKNS adalah kakitangan awam. Kakitangan awam di negara ini tertakluk kepada perintah am dan pekeliling perbendaharaan bermula dari perlantikannya sehingga lah tatacara tugas dan tanggungjawabnya,” ujarnya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor sebentar tadi.

Tambahnya, lebih jelas sebenarnya Menteri Besar telah melangkaui batas undang-undang ketika melantik En Omar Osman sebagai Pengurus Besar PKNS. GAPS yakin Menteri Besar langsung tidak merujuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara bagi mendapat kelulusan mereka dalam soal pemberian gaji dan bonus yang tinggi itu kepada Pengurus Besar ini.

Oleh kerana perlantikan Pengurus Besar itu tidak sah maka semua keputusan yang dibuat oleh Pengurus Besar ini atau mana-mana mesyuarat yang dihadirinya sebagai Pengurus Besar PKNS juga terbatal dan tidak sah.

“Lebih buruk dari itu Pengurus Besar PKNS ini juga merupakan salah seorang dari 2 orang Lembaga Pengarah Worldwide Holdings Bhd (WHB) sekarang. WHB merupakan sebuah subsdiari yang punyai beratus juta ringgit aset rakyat selangor. Perlantikan Pengurus Besar PKNS ini sebagai Pengarah WHB juga tidak sah kerana jawatan hakiki itu tidak sah sedari awal. Ini sekali gus menjadikan setiap keputusan dan mesyuarat yang dihadiri oleh Pengurus Besar PKNS ini dalam WHB juga tidak sah dan terbatal.

PKNS kini sebenarnya merupakan lubuk penyelewengan dan korupsi MB Selangor. Ia merupakan bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup akibat salahguna kuasa yang sangat keterlaluan oleh MB, Exco dan kroninya dalam PKNS," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Selangor.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment