PKNS - MB Selangor Sewajarnya Lebih Telus

Shah Alam, 16 Nov- Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor semalam memaklumkan PKNS telah berkerjasama dengan Transparency International (TI) bagi meningkatkan ketelusannya.

Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, malangnya setelah setahun berlalu, TI masih belum mengeluarkan lapuran mengenai pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam PKNS. Malahan TI gagal untuk menasihatkan Pkns agar meningkatkan sistem pemantauan kewangan melalui penubuhan Jawatankuasa Audit.

Sehubungan dengan itu, GAPS mengesa Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS menubuhkan segera Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan selaras dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 Tahun 1993.

“Ini adalah perkara asas yang MB patut laksanakan sebagai bekas ahli korporat yang kononnya ternama.

Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia wajar menjadi panduan MB untuk meningkatkan pemantauan berkesan kesemua anak syarikat negeri Selangor termasuk PKNS.

MB wajar tidak menjadikan TI sebagai perisai untuk mempertahankan Pengurus Besar PKNS yang controversial,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sayugia juga GAPS ingin mengingatkan MB untuk menyemak semula memorandum bantahan yang dihantar oleh kesemua lima persatuan kakitangan PKNS yang mewakili 531 kakitangan PKNS yang antara lain mengesa perkhidmatan Pengurus Besar PKNS sekarang ditamatkan di atas ketidak-kepercayaan kesemua kakitangan dan pegawai Pkns terhadap kepimpinan beliau.

“En Osman Omar bagus dan bergaji besar serta bonus 7 bulan" bukan jawapan yang rakyat mahu dengar, kerana selama 2 tahun menjadi pengurus besar PKNS, rakyat masih ternanti-nanti sumbangan beliau kepada PKNS dan negeri Selangor secara keseluruhan nya,” tambahnya yang juga Mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

Post a Comment