PRU13, Pembahagian Kerusi Pakatan Pembangkang - Siapa yang berkuasa?

PRU13 dah dekat, katanya Disember nie tapi kalau buat Disember nie, aku compom 4 buah negeri compom takde telur untuk bubarkan DUN untuk sama-sama kita menikmati PRU-13 bersama-sama ….

Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan …. Yang kini diterajui pakatam pembangkang pastinya tidak mahu bersama-sama Pilihanraya di peringkat PUSAT, sebabnya mereka yakin untuk tidak mengekalkan negeri masing-masing melainkan Penang…..

Lim Guan Eng amat yakin dan percaya, Penang akan kekal bersama DAP walaupun PKR dan PAS tidak bersama mereka berjuang di Penang ….. Lim Guan Eng percaya, dengan hanya undi DAP sahaja, sudah mampu mempertahankan Pulau Mutiara tu ….

Lainlah di Kedah dan Kelantan ….. PAS dan PKR harus mendapat sokongan kuat dan undi DAP untuk membantu mereka mempertahankan negeri masing-masing ……

Begitu juga di Selangor, PAS dan PKR hanya sebuah patung bernyawa untuk memastikan mereka menikmati sisa-sisa nikmat berkuasa duduk di bawah kepimpinan DAP di negeri tersebut ….

PAS dan PKR hanya boleh menang hanya dengan mendapat simpati dan undi DAP di Selangor …..

Hakikat sebenar, bagaimana pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang dibuat ….. aku bukannya nak masuk campur, tapi aku amat yakin dan percaya …. DAP mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan hala tuju perjuangan pakatan pembangkang di PRU 13 kelak ….

DAP ibarat abang besar untuk mengaut lebih banyak kerusi yang bakal ditandingi mereka, manakala PKR yang dikudakan Anwar pasti akan menerima apa sahaja yang bakal ditentukan DAP, memandangkan banyak rahsia besar Anwar dalam tangan Karpal Singh …

Begitu juga PAS….. terima sahaja apa yang diperuntukkan ataupun ada RAHSIA dan PERANCANGAN BESAR menjelang PRU13 kelak antara DAP dan PAS …..

Tunggu, RAHSIA dan PERANCANGAN BESAR antara DAP dan PAS akan didedahkan dalam masa yang terdekat ……

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment