Pusat Hiburan Bercambah Di Selangor- Namun Ronnie Dolak Dalik Salahkan Polis Pula

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam menjadi hangat apabila YB Wong Kun Moon (BN- Kuala Kubu Bharu), mempersoalkan tindakan Exco, Ronnie Liu kerana sering berdolak dalih apabila isu penguatkuasaan pusat hiburan dibangkitkan.

Ronnie dikatakan menuding jari terhadap polis kerana didakwa gagal memberi kerjasama penguatkuasaan pusat hiburan. Kun Moon berkata, beliau sedia membawa Ronnie meninjau kawasan pusat hiburan tersebut jika benar polis enggan bekerjasama seperti yang didakwa ADUN Pandamaran itu.

"Bagaimana Exco (Ronnie) tahu polis tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan PBT yang sepatutnya bekerjasama dengan mereka.

"Pusat hiburan ini dibawah kuasa PBT, polis tidak akan tahu sama ada pusat hiburan itu ada lesen atau tidak", katanya.

Sementara itu, YB Datuk Johan Abd Aziz (BN - Semenyeh) mendakwa, terdapat 21 pusat hiburan seperti karaoke, snuker dan permainan video dikesan dikawasannya membabitkan Taman Tasik semenyeh.

"Bagaimanapun, beliau (Ronnie) kata ada empat pusat hiburan yang sah di DUN Semenyeh sahaja. Bila penguatkuasaan hendak dibuat? Sedangkan PBT ada kuasa untuk tutup pusat hiburan ini.

"Jadi, saya minta Exco terbabit tetapkan tarikh bertemu dengan polis dan turun padang. Jangan asyik hendak berdolak dalih dan menyalahkan pihak penguat kuasa terbabit"' katanya.

Johan berkata, 18 pusat hiburan berkenaan terletak di Bandar Teknologi, Taman Jasmin, Pekan Semenyih, Bandar Tasik Kesuma dan Pekan Beranang.

Katanya, kewujudan pusat hiburan berkenaan di kawasan kampung Melayu tradisi menimbulkan masalah kerana penduduk kampung mendakwa anak mereka sukar mengulang kaji pelajaran berikutan bunyi bising sehingga jam dua hingga tiga pagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment