Sokongan Rakyat Kepada BN Kembali Pulih


Ketua UMNO Bahagian Parit, YB. Dato' Haji Mohd. Zaim b. Haji Abu Hasan berpendapat gelombang sokongan rakyat kepada UMNO dan BN semakin bertambah kuat khususnya di Parlimen parit ini berdasarkan beberapa program yang telah diaturkan oleh pihak UMNO dan BN Parlimen Parit.

“Contohnya program Hari Raya yang dibuat baru-baru ini dan ketika kedatangan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Shaabery Chik ke Parit baru-baru ini, kira-kira 10,000 orang telah hadir termasuk di kalangannya yang telah kita kenal pasti mereka yang berada ‘di atas pagar’, ini menunjukkan sokongan kepada BN kembali kukuh berbanding sebelum-sebelum ini.

Dalam masa yang sama, dasar-dasar ataupun transformasi yang dibuat Datuk Seri Najib kini memberi kesan yang amat besar kepada rakyat. Contohnya, bila kerajaan umum RM100 kepada semua anak-anak yang bersekolah dalam pembentanan bajet baru-baru ini, rakyat menerima dengan baik cuma tertanya-tanya bila dan bagaimana caranya untuk mendapatkan sumbangan tersebut termasuk sumbangan RM500 kepada keluarga yang berpendapatan RM3000 ke bawah,” ujarnya yang juga ADUN Blanja, Perak ketika ditemui di Pusat Khidmatnya di pekan Parit baru-baru ini.

Tambahnya, dasar-dasar mesra rakyat inilah yang membuka hati rakyat untuk terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN termasuk di negeri Perak ini.

Namun beliau berharap agar UMNO dan parti-parti kompenan BN agar terus bekerja kuat khususnya mengembalikan semula sokongan rakyat kepada BN menjelang PRU13 kelak.

Dalam masa yang sama, beliau melihat pakatan pembangkang yang berlindung di balik nama pakatan rakyat merupakan satu pakatan yang rapuh kerana pakatan ini tidak mempunyai asas yang kuat dan kukuh untuk ‘hidup bersama’.

“Penyatuan mereka hanya atas kepentingan, bukannya atas dasar perjuangan dan sebagainya. Jika sehingga hari ini, mereka gagal untuk mengagihkan kerusi untuk ditandingi oleh parti-parti dalam pakatan pembangkang, ini merupakan kelemahan mereka

Rakyat harus sedar dan menilai kelemahan puak pakatan ini, seterusnya tidak menyokong mereka. Mereka akan gagal, “tambahnya mengulas kemelut pembahagian kerusi-kerusi oleh pakatan pembangkang yang sampai hari ini masih mencari-cari formula terbaik untuk membahagi-bahagikan kerusi antara mereka.

Beliau memberikan contoh di Perak, DAP bertanding 18 kerusi Dun sebelum ini, namun ada khabar angin mengatakan pada PRU akan datang, DAP akan bertanding 25 kerusi DUN, pertambahan 5 kerusi berbanding PRU yang lalu.

“Dua daripada calon tersebut, DAP akan meletakkan calon orang Melayu dengan andaian jika DAP mendapat kemenangan sebagaimana PRU2008, orang Melayu inilah yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar.

Mereka bukanlah satu pakatan yang murni, mereka adalah pakatan rapuh yang akan musnah bila-bila masa sahaja,” ujarnya lagi yang berkeyakinan BN akan dapat mengekalkan DuN Perak pada PRU yang akan datang

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment