Tubuh Kerajaan Sementara Berkecuali Selepas Pembubaran Parlimen

Anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan mencadangkan supaya sebuah kerajaan sementara yang berkecuali ditubuhkan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Cadangan itu sebahagian daripada beberapa penambahbaikan yang beliau bentangkan pada mesyuarat kedua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di sini semalam.

Kerajaan, katanya, seharusnya menjadikan pelantikan seseorang atau kumpulan itu dilihat sebagai berkecuali.

Cadangan itu, beserta beberapa syor lain, dimuatkan dalam laman web beliau,http://www.pkamalanathan.com.

Kamalanathan juga mencadangkan penggunaan dakwat kekal, menambah baik system undian pos, memanjangkan tempoh berkempen dan menyediakan semua parti politik dengan akses yang adil kepada media.

Beliau berkata terdapat keperluan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk meningkatkan kesedaran mengenai perbezaan antara undi di luar negara, undi awal dan undi pos.

Kamalanathan berpendapat perbelanjaan pilihan raya diaudit oleh juruaudit bebas.

Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Ogos, yang berkata ia bertujuan “untuk mendapatkan kata sepakat dalam berdepan pilihan raya umum akan datang tanpa sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.”

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment