Azmin Turut Bersedih …..


Anwar pening, sedih mengenangkan perpecahan dan keretakan yang semakin teruk dalam PKR. Anawar juga semakin pening apabila mengenangkan tarikh 9 Januari yang turut menghantui dirinya ….

Kini, Azmin turut menumpang sedij apabila 500 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai UMNO ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini.

Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.

"Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun... dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara... tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai UMNO,” katanya dan dalam masa yang sama, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai UMNO kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia.

Mana tak Azmin tak pening, 500 orang nie adalah pengundi kawasannya… dan juga merupakan ahli yang akan digerakkan untuk menjadi gerak gempur dan jentera pilihan raya PKR pada PRU13 kelak …..

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment