Berani Ke Pemimpin Kote Rakus Sahut Cabaran Mahathir?


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dr Mahathir berkata beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.

"Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.

"Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di Masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah ke tiga di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah berita online (Malaysiakini) hari ini, yang melaporkan bahawa Anwar telah membuat dakwaan mengejutkan terhadap 'bekas mentornya' Dr Mahathir bahawa bekas Perdana Menteri itu pernah menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

"Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada bank dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya," katanya.

Sementara itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut bersama berkata beliau boleh menjadi saksi bahawa Dr Mahathir adalah orang yang menolak pertolongan bank dunia dan apa yang didakwa oleh Anwar itu tidak benar.

Nor Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau masih ingat ada satu ketika wakil daripada bank dunia dan IMF telah datang untuk mencari Dr Mahathir untuk membincang tentang cara untuk elakkan krisis pada 1999.

"Wakil bank dunia itu telah mencadangkan kepada Dr Mahathir untuk menambah kadar faedah rumah, kerajaan pula tidak boleh belanja dan bank negara harus tarik balik semua pinjaman untuk elakkan krisis ekonomi.

"Namun Dr Mahathir memberitahu mereka bahawa cadangan itu akan membawa kepada 'bloods in the street' dan mereka berkata 'let it be bloods in the streets' tetapi cadangan itu telah dibantah keras oleh Dr Mahathir yang kemudiannya menghalau wakil bank dunia itu keluar dari pejabatnya pada ketika itu," katanya.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. Anonymous
    2:16 AM

    anuar semakin tipis hayat politiknya...umpama org yg hampir lemas...di tarik apa saja utk menyelamatkan diri, walaupun dia tahu cerita yg sebenarnya...mujurlah ramai dah tahu temberangnya...cuma ada segelintir saja yg sengaja membahalolkan diri utk terus percaya temberangnya...golongan ini adalah jenis yg kecewa dan gagal berlari mengejar peluang ekonomi yg di bawa oleh TDM dulu...sampai sekarang dendamnya ngan TDM tak kunjung padam....

  2. Orang yang mempunyai persamaaan akan berkumpul atas persamaan itu.

    Kaki ekor akan jumpa kawan kawan kaki ekor, begitu juga tennis, golf dan lain lain.

    Jelas Anuwar adalah orang yang sangat sangat berdosa sehingga nabi tidak mengaku umat.

    Boleh di simpulkan mereka mereka yang menyokong Anuwar itu mempunyai persamaan dengan Anuwar.

    Dengan itu mereka terhukum atas kesalahan lalu mereka dengan bersama sama terjun dalam neraka dunia bersama Anuwar bengkok.

    PKR - Perhimpunan Kenalan Rosak!

  3. Anonymous
    7:43 PM

    kinds or purpose. Today market is entire of uncertainty and the same is apropos on personal liveliness too i.e. entire may miss stupendous amount of notes into pressing medical treatment http://instantpaydayloanson.co.uk#payday-loan fact, a portion of borrowers can contact their credit money in only a scarcely any hours, transferred electronically into their savings account championing direct use. Payday dough proceed is actually an incredibly stupendous pecuniary reinforcement offered as a deficient rare word loan. Borrowers with serious trust last wishes as heave a grieve of comfort on conclusively discovering a advance where past merit defaults are not confirmed enough weightage. In favour of monochrome regular loans, borrowers with bad credit account unexceptionally have planned to browbeat a admit a step-motherly [url=http://paydayloansukin.co.uk#11526]instant payday loans[/url] loans. Hence, they create a blameless realm of possibilities for those who exigency vigorous cash. Are you having any bad credit issues and seeking recompense loans? Are you military personnel and find

  4. Anonymous
    10:19 AM

    viagra utan recept buy viagra with paypal generic

  5. Anonymous
    12:46 PM

    [url=http://www.payday-money-online.net] payday-money-online.net[/url] @jb8223~ payday loans online

Post a Comment