“Hitam Metalik”, “Haram Jadah”, “Balik India”… “Binatang”, DAP Jelas Parti Rasis

Binatang, pemabuk adalah senarai terbaru perkataan yang dihamburkan pemimpin pakatan untuk menambah koleksi kata-kata biadap dan rasis mereka yang sebelum ini turut menuturkan perkataan ”balik India”, ”haram jadah”, ”hitam metalik”.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata senarai kata-kata kesat yang diahmburkan pakatan pembangkang menunjukkan betapa mereka tidak mempunyai rasa hormat kepada orang lain.

Jelas beliau lagi episod di Parlimen hari ini juga melambangkan pimpinan pembangkang yang rasis.

”Orang India dilambangkan sebagai pemabuk, binatang… ini menambah senarai hitam perkataan selain hitam metalik… adat dan tatasusila diketepikan hanya kerana Gobala tidak lagi bersama mereka”, katanya di sini.

Pada sidang Dewan Rakyat hari ini Karpal Singh MP, Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor telah memanggil Gobalakrisnan, Ahli Parlimen Bebas Padang Serai sebagai BINATANG.

Walaupun Speaker Dewan Rakyat meminta Karpal menarik balik perkataan itu petang ini namun Karpal enggan berbuat demikian dan telah diarahkan untuk keluar dewan.

Sebelum itu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggelar Gobalakrisnan sebagai mabuk dan tak membaca.

Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata kelakuan yang ditunjukkan pemimpin pakatan pembangkang membuktikan mereka bukan saja mempunyai adab akal yang rendah malah cenderung bersifat perkauman.

”Inilah bahasa kesat yang diguna oleh pihak pembangkang yang tiada rasa hormat kepada orang lain dan tak layak disokong apatah lagi untuk diberi undi hanya kerana Gobalakrisnan telah sedar dan meninggalkan perjuangan sia-sia mereka”, ujarnya. -MediaUMNO


Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Cacian yang dikeluarkan oleh seorang Cina yang tak sayang mulut, sungguh menyinggung perasaan orang Melayu. Yang lebih menyakitkan hati ialah apabila orang Melayu pada malam itu termasuklah orang-orang yang berserban ketawa dengan kenyataan itu. Mana maruah orang-orang Melayu ini yang membiarakan bangsa lain merendahkan mertabat seorang Islam. Inilah Melayu yang bersengkokol dengan orang yang tak tahu menghormati orang lain

Post a Comment