Jangan terperangkap agenda kotor pembangkang - Jais Sarday

Jangan terperangkap dengan agenda kotor pembangkang, itulah mesej yang disampaikan Ketua UMNO Bhg Kluang, Md Jais Sarday kerana beliau melihat agenda tersebut sengaja diada-adakan untuk alihkan perhatian rakyat.

Ujarnya, terbaru pakatan pembangkang kini sengaja wujudkan isu mahasiswa kerana mereka sudah ketandusan idea untuk mempengaruhi rakyat agar membenci kerajaan.

“Pembangkang dapat melihat bahawa transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri berjaya dan ini membuatkan mereka takut. Sebab itu mereka mencipta pelbagai perkara termasuklah isu mahasiswa ini dengan tujuan mengalihkan perhatian rakyat. Mereka mahu rakyat dan kita sendiri leka lalu lupa pada agenda utama iaitu mendekati masyarakat dan persediaan menghadapi PRU,” …….

Segala usaha pembangkang selama ini gagal dalam usaha mereka meletakkan rakyat dalam keadaan membenci kerajaan sedia ada (BN), maka mereka mempergunakan segelintir kelompok mahasiswa untuk bangun dan menentang kerajaan BN.

“Kita tidak perlu memberi publisiti murahan kepada pakatan pembangkang. Biarkan isu ini tenggelam sama seperti isu buku jingga. Apa yang utama sekarang ini adalah meneruskan gerak kerja kita di semua peringkat. Masa sudah semakin suntuk dan masih banyak perkara yang perlu kita lakukan dan perbaiki sebelum kita ‘berperang’.

“Sekiranya kita memberi perhatian yang berlebihan kepada perkara murahan seperti ini, sudah pasti kita di peringkat akar umbi akan terganggu dan gerak kerja akan terbantut. Ini akan membuatkan pakatan pembangkang bersorak kerana agenda mereka berjaya,” - Jais Sarday

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment