Khir Toyo Berani Berhadapan, Mamat Tu Asyik Tangguh Jer ....


Ada orang kata, PADAN MUKA Khir Toyo (KT), bukan sahaja di pihak pembangkang, malah ada juga di pihak kita turut mengatakan demikian kepada bekas Menteri Besar Selangor yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO…

Apapun, aku tabik springgg pada KT yang berhadapan kes ini dengan tenang dan berwibawa, belliau tidak pernah sama sekali menangguhkan kesnya seperti mamat tu yang berpuluh kali menangguhkan kesnya, tak pula bawa mana-mana gangster mengugut mana-mana pihak lain, sebaliknya berhadapan dengan pihak pendakwaan tanpa rasa segan dan silu…..

Demi memberi keadilan ke atas kesnya, beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang di DUN Selangor, (mamat tu letak ke jawatan dia sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat) ….. beliau juga melepaskan semua jawatan yang disandang dalam politik termasuk Ketua UMNO Bhg Sungai Besar kecuali ADUN Sg Panjang.

Hakikat sebenar - Kematangan berpolitik DS Khir yang berani “bersemuka” dengan undang-undang wajar disanjung tinggi.

Baca juga MyKMU – Perbezaan Antara Khir Toyo & Anwar Ibrahim…..

Disebalik perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor DS Khir Toyo, Anwar serta seluruh pengikut Pakatan pembangkang di Malaysia harus belajar sesuatu darinya. Kematangan berpolitik DS Khir yang berani “bersemuka” dengan undang-undang wajar disanjung tinggi.

Tak seperti Anwar yang berpuluh kali mempermainkan Mahkamah, menangguhkan perbicaraan dan menimbulkan pelbagai perspektif buruk tentang institusi undang-undang negara, DS Khir harus dipuji kerana membiarkan undang-undang itu sendiri mengadilinya.

Walaupun ada kedengaran tentang desas desus mengatakan keputusan Mahkamah terhadap beliau dipengaruhi dengan perbicaraan Anwar, rakyat Malaysia menjadi saksi bahawa bekas Menteri Besar Selangor tersebut percaya dengan badan kehakiman serta proses undang-undang dalam negara.

Para penyokong setia DS Khir di Selangor juga amat matang dan beretika. Mereka bukan seperti penyokong Anwar yang seringkali membuat kecoh di perkarangan Mahkamah. Penyokong DS Khir juga tak pun sibuk mengugut untuk melakukan provokasi terhadap kerajaan jika pemimpin mereka didapati bersalah.

Inilah yang dinamakan berpolitik secara waras dan beradab. Malaysia adalah sebuah negara yang percaya kepada kedaulatan undang-undang. Kita juga menghormati sistem perundangan didalam negara. Jadi, walaupun ada rasa tak puas hati, ia disalurkan mengikut saluran yang betul.

Berbanding dengan Anwar serta para penyokongnya, mereka lebih gemar menterjemahkan kekecewaan di jalanan. Emosi serta rasa marah diluahkan kepada umum untuk mencari perhatian. Padahal, apa yang mereka lakukan, hanya akan merugikan mereka dan kumpulan mereka sendiri.

Bukan mudah untuk seorang pemimpin utama seperti DS Khir “menyerah diri” kepada institusi kehakiman negara bagi diadili. Anwar sendiri tak mampu melakukan seperti apa yang DS Khir tunjukkan kepada umum. Ini saja sudah membuktikan jiwa besar yang ada pada DS Khir.

Cuba bandingkan perjalanan perbicaraan DS Khir dengan perbicaraan Anwar Ibrahim. DS Khir mendapat sokongan rakyat bukan saja di Selangor, malah di seluruh negara. Tetapi Anwar.., beliau dibenci serta disumpah seranah oleh rakyat kerana asyik mengelak dari dibicarakan.

Ini jelas menunjukkan yang DS Khir mampu mengawal ego beliau dan menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia dan Selangor khususnya. Anwar pula menghasut rakyat supaya membenci institusi kehakiman dan juga menolak undang-undang yang ada di negara ini.

Semua ini Anwar lakukan hanya kerana dia bimbang untuk kembali semula ke penjara sebagai hukuman diatas salahlaku yang ditimbulkan. Ego Anwar ternyata terlalu tebal untuk menerima hakikat bahawa yang salah pasti akan mendapat balasan setimpal.

Kepada DS Khir, rakyat Malaysia bukannya buta untuk menilai keadaan sebenar yang Tuan hadapi. Rakyat Malaysia tahu bahawa Tuan telah dijadikan kambing hitam untuk menunjukkan kepada pembangkang tentang betapa telusnya sistem keadilan di Malaysia.

InsyaAllah, keadilan itu tetap berpihak kepada mereka-mereka yang benar. Dan hanya mereka-mereka yang redha dengan ketentuannya saja yang mampu menghadapi semua ujian ini. Rakyat Malaysia khususnya di Selangor tetap akan berada dibelakang Tuan.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment