PADAN MUKA Adam Adli …..


Pada dasarnya, aku memang bengang dan marah gila pada mahasiswa UPSI bernama Adam Adli yang telah menurunkan bendera wajah DS Najib Razak, Presiden UMNO di PWTC baru-baru nie …

Memang dia biadap dan kurang ajar …. Tetapi, dalam masa yang sama…aku adalah bekas aktivis NGO bernama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Allahyarham Aminuddin Baki pernah berpesan , agar ‘Belajar Terus Belajar’ agar jangan sampai pelajar-pelajar Melayu seperti “itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan”….

Jelas di sini, aku tetap memikirkan masa depan Adam Adli, jika benar dia akan dikenakan tindakan tegas oleh UPSI termasuk dibuang dari pengajian, siapa yang rugi….. anak bangsa kita juga yang rugi.

Siapa yang gembira dengan keadaan nie? Pastinya Anwar Ibrahim dan juak-juak PKR khususnya Tian Chua yang bangga berjaya memperalatkan seorang lagi anak Melayu sehingga dibuang dari pengajian….

Oleh yang demikian, janganlah kita PADANKAN MUKA Adam Adli. Tetapi kita sama-sama PADANKAN MUKA KITA, PADANKAN MUKA Melayu kerana berjaya diperalatkan Anwar Ibrahim….

Semoga Adam Adli diberikan peluang kedua, kerana selepas aku berhadapan dengan dia secara berdepan semalam, Nampak ada riak-riak menyesal terukir di wajah Adam Adli, tetapi kerana kesombongan dan terperangkap dengan sandiwara dan kata-kata manis Anwar Ibrahim selain kawalan ketat CheguBard terhadapnya …. dia terus membiarkan dirinya menjadi mangsa keadaan……

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Kau tak kena peralat ke?

  2. like...lazy indulgence

Post a Comment