Bersihkan Malaysia? Bersihkan Diri Mereka Dulu- Ahmad Maslan



Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menasihatkan kepada pihak pembangkang agar membersihkan diri dan parti mereka terlebih dahulu sebelum mencadangkan slogan ‘Membersihkan Malaysia’ seperti yang dicadangkan mereka pada konvensyen mereka di Kedah, minggu lepas.

“Bersihkan mereka dulu, apa yang mereka bagi pada kita selain porak-peranda, kehancuran. Apabila ada pandangan-pandangan agar “seksualiti liwat” di hapuskan peraturan lamanya, apabila ada pandangan rasuah kecil diampunkan, apabila ada pandangan-pandangan yang mengatakan demostrasi jalanan itu merupakan salah satu cara menyelesaikan masalah, ada yang berkata lebih `daring lebih ummpphh’, maka letupkanlah helicopter Perdana Menteri, inilah idea-dea yang merosakkan yang datang dari pihak-pihak di sebelah sana.

Datuk Najib belum tiga tahun menjadi Perdana Menteri, ada seorang menteri besar tu dah 22 tahun, siapa yang patut dibersihkan sebenarnya?,” ujarnya kepada media selepas Merasmikan Program Juara Rakyat Peringkat Cheras dan Majlis Anugerah Cemerlang PMR2011 hari ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Ahmad Maslan melihat rancangan kumpulan mahasiswa yang dipimpin Adam Adli yang mahu mengadakan demostrasi “bebaskan Mahasiswa” di Kompleks SOGO petang ini sebagai membazir dan dipergunakan sebagai tali barut pembangkang semata-mata.

“Jangan jadikan diri mereka sebagai talibarut pembangkang. Apa yang mereka inginkan sebenarnya. Belajar pun tak habis lagi. Adam Adli tu buat salah, jadi dia kena hukum. Jangan nak jadi hero atas sebab-sebab yang merosakkan diri sendiri. Biarlah jadi hero atas sebab-sebab yang baik,” tambahnya lagi.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment