EXCO Agama Selangor: Pas Tidak Lagi Dilihat Sebagai Parti Yang Memperjuangkan Islam



Pakatan pembangkang Selangor sendiri hilang kepercayaan terhadap PAS untuk membawa atau membela Islam di negeri Selangor, apabila Datuk Yunus yang mengantikan Datuk Dr Hassan Ali sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru tetapi tidak memegang portfolio Agama, ujar mantan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD Johari Yassin.

“Saya berpandangan bahawa  tindakan kerajaan negeri Selangor ini juga selaras dengan keputusan PAS di peringkat Pusat untuk tidak lagi memperjuangkan Islam, tidak lagi menegakkan negara Islam dan tidak lagi melaksanakan Hudud sebagaimana perjuangan mereka yang terdahulu.

Sebagaimana PAS sendiri telah mengugurkan perancangan mereka untuk menegakkan Negara Islam, saya kira tindakan kerajaan negeri ini amatlah bersesuaian kerana PAS tidak lagi dilihat sebagai parti yang memperjuangkan Islam, apatah lagi untuk membela atau memperkasa Islam khususnya di negeri Selangor ini,”.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perubahan portfolio kerajaan Selangor apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi, 47, yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hanya diberikan portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Melalui satu rombakan kecil pentadbiran negeri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil alih dua portfolio penting iaitu Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang sebelum ini dipegang oleh Hasan.  Kedua-dua portfolio itu diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam masa yang sama, beliau tidak menolak perkembangan terkini ini membuktikan bahawa PAS sudah hilang pengaruh dan kepercayaan dari rakan sekutunya, DAP dan PKR di Selangor dan tidak mustahil, dalam perancangan pakatan pembangkang di Selangor dalam menghadapi PRU13 kelak, PAS tidak akan diberikan peranan penting dalam gerakkerja mereka kelak. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment