Penduduk Kampung Jalan Kebun hari ini membuat laporan polis bagi
membantah tindakan provokasi kumpulan Hindraf dan kumpulan ABU (Asalkan Bukan
UMNO)
Wakil penduduk, Haji Abdul Manan Kasmuri berkata, mereka membuat
laporan ini akibat tidak berpuas hati dengan tindakan dua kumpulan ini kerana
menyalahi undang-undang kerana Hindraf merupakan satu pertubuhan yang haram
yang tidak diiktiraf oleh kerajaan atau mana-mana badan berkanun.
“Mengapa mereka nak buat di Jalan Kebun sedangkan di sini tidak
ada seorang pun penduduk berbangsa India. Jadi apa maksud dan tujuan mereka
datang ke Jalan Kebun. Kami juga tidak faham dengan tindakan pihak PAS dan PKR
yang membawa satu pertubuhan haram yang tidak diiktiraf untuk membuat program
dan aktiviti di Jalan Kebun.
Sekarang, tindakan Hindraf ini menyusahkan dan menganggu keamanan kampong
Jalan Kebun. Sejak saya duduk di sana sejak 60 tahun lepas, inilah kali pertama
sebuah pertubuhan haram masuk ke kampong ini untuk memporak-perandakan kampung yang
sekian lama aman dan damai ini,” ujarnya kepada pemberita selepas membuat
laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam Polis Seksyen 9, Shah Alam.
Tambahnya, penduduk kampung bersedia dan tidak ada apa-apa masalah
jika pihak PAS atau PKR yang membuat program atau aktiviti di sana, sebaliknya
tidak dapat menerima kehadiran HINDRAF, pertubuhan haram yang sengaja membuat
huru-hara di Jalan Kebun.
Seorang lagi wakil penduduk, Shaari Basri berkata, laporan polis
ini khusus untuk Hindraf kerana penduduk Jalan Kebun tidak dapat menerima
kehadiran Hindraf di Jalan Kebun.
“Jalan Kebun 100% orang Melayu. Tidak ada orang India, jadi
mengapa mereka buat program yang akhirnya menimbulkan provokasi di Jalan Kebun.
Mereka (Hindraf) yang memulakan provokasi ini, mengibarkan bendera
Hindraf di waktu Maghrib, mnganggu keamanan di waktu kita nak berbuat ibadah,”
ujarnya yang nyata kecewa dengan sikap Hindraf yang tidak tahu menghormati
perasaan orang kampung.
Tambahnya, jangan menyalahkan orang kampong atas apa yang berlaku
di Jalan Kebun kerana yang memulakannya adalah pihak Hindraf.
“Penduduk Jalan Kebun tidak kisah kalau PKR atau PAS yang membuat
aktiviti di sana, kita tidak akan kacau kerana kalau kita buat program pun,
mereka (PAS dan PKR) tidak akan kacau. Sehubungan dengan itu, penduduk kampong mengharamkan
kumpulan Hindraf untuk mengadakan apa sahaja program atau aktiviti di Jalan
Kebun,” ujarnya lagi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob
menegaskan, pihak Polis menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa kononnya
pasukan keselamatan itu bersekongkol berhubung insiden pergaduhan dalam satu
program ceramah yang dianjurkan oleh Hindraf dan sebuah pergerakan yang
dikenali Asalkan Bukan UMNO (ABU) di Jalan Kebun, di sini Sabtu lalu.
Dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana tanggungjawab pihak
Polis adalah untuk memastikan keselamatan awam, bukannya menghuru-harakan
keadaan seperti yang didakwa.
Malah, beliau menyatakan pihak penganjur sebenarnya tidak
memaklumkan kepada polis untuk mengadakan program berkenaan yang turut di
hadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
"Kita hanya menerima maklumat mengenai program tersebut
diadakan selepas pihaknya mendapat laporan wujudnya kekecohan di lokasi program
itu diadakan pada malam Sabtu itu. Sebaik sahaja polis tiba ditempat kejadian,
barulah keadaan terkawal.
"Justeru, kita ingatkan mana-mana pihak yang mahu mengadakan
program, perhimpunan, ceramah atau sebagainya selepas ini, sila maklumkan kepada
polis terlebih dahulu supaya bagi memastikan tidak wujudnya sebarang perkara
yang boleh menganggu keselamatan awam.
"Penganjur juga perlu sedar dan prihatin mengenai
persekitaran serta sensitiviti masyarakat tempatan di tempat-tempat mereka
ingin adakan program termasuklah kehadiran penceramah itu sendiri,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
0 Komen