Karnival Prihatin 1Malaysia Lambang Keprihatinan tingkatkan taraf hidup rakyat


  • Pagoh, 28 Jan: Program Karnival Prihatin 1Malaysia anjuran Pergerakan Puteri UMNO merupakan program yang mempunyai keunikan tersendiri di dalam membentuk semangat kebersamaan dan kekitaan di dalam masyarakat kita, juga merupakan lambang perpaduan yang terbina sejak sekian lamanya, ujar Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah abd Rashid Sirlin. 

 Tambahnya, program ini secara jelas bermatlamatkan membina lebih banyak ruang untuk masyarakat berbilang kaum menjalankan aktiviti bersama. Melalui Karnival Prihatin 1Malaysia ini, kita anjurkan pelbagai aktiviti yang memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat, kesukanan, kebudayaan sehinggalah kenegaraan. "sememangnya program ini lambang keprihatinan kerajaan di dalam usaha meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat. Uniknya program ini, Puteri UMNO menyasarkan penyertaan dari generasi muda yang berusia bawah 35 tahun kerana anak-anak muda ini merupakan aset penting kepada negara. Bak kata pepatah, jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah kepada generasi mudanya. Maka, kita percaya asas kepada pembinaan masyarakat yang bahagia adakah melalui pengamatan gaya hidup yang sihat," ujarnya ketika berucap dalam perasmian penutup Karnival Prihatin 1Malaysia peringkat Parlimen Pagoh oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dewan Felda Sri Jaya, Pagoh Jaya sebentar tadi. Ujarnya, selaras dengan matlamat tersebut, program ini menyediakan pelbagai kaunter kesihatan kepada pengunjung melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan nasihat penjagaan kesihatan yang betul dan percuma. "Setiap dari kita harus percaya mencegah itu lebih baik dari merawat. Sesungguhnya kesihatan itu adakah hak milik setiap insan. Pergerakan Puteri UMNO merasa berbesar hati kerana telah diberikan peluang untuk menjadi penggerak kepada program yang sebesar ini. Ini melambangkan betapa Puteri sentiasa mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Kita percaya sudah tiba masanya program anak-anak muda digerakkan sendiri oleh jentera muda kerana anak-anak mudalah yang lebih memahami keperluan dan kehendak generasi mereka," ujarnya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment