Khalid Rampas Portfolio Islam Untuk Meredakan Kemarahan DAP


Keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memikul tugas sebagai exco agama adalah sebagai satu cara pembangkang untuk membendung kegelisahan DAP  terhadap tindakan bekas exco terbabit, Datuk Dr Hassan Ali.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata sepatutnya Khalid seharus menggunakan kepakarannya dalam bidang ekonomi untuk terus memajukan Selangor kerana ternyata kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi negeri lebih banyak membazirkan wang rakyat

“Bukannya Khalid tidak layak untuk jawatan itu, sepatutnya Khalid perlu menumpukan kepada bidang yang beliau mempunyai kepakaran, ekonomi adalah bidang yang sebaik-baik untuk dirinya dan Selangor tidak seharusnya mempunyai penasihat ekonomi seperti Anwar Ibrahim.

“Kalau dibandingkan kepakaran Khalid dan Anwar adalah jauh lebih baik pencapaiannya jika dibandingkan dengan Anwar walaupun pernah menjawat Menteri Kewangan suatu ketika dahulu tetapi gagal dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Menurutnya, pertukaran potfolio agama itu lebih bermotif kepada politik, pembangkang kini berada dalam kebimbangan berikutan sokongan mereka semakin merosot  berikutan kegagalan mereka sebagai pentadbir di Selangor.

“Orang Melayu dan Islam sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan Selangor, banyak tindakan yang diambil menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam di negeri ini, tindakan kerajaan negeri menidakkan tindakan Dr Hassan Ali membabitkan hal agama seperti penjualan arak secara terbuka tidak disenangi oleh DAP dan PKR.

“Sebab itu, beberapa tindakan Dr Hassan Ali disanggah kerana mereka menganggap apa yang dilakukan itu menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin DAP, untuk menangani masalah itu, Khalid terpaksa mengambil alih tugas berkenaan untuk meredakan keadaan,” katanya.

Ismail berkata, apa yang berlaku itu jelas menunjukkan kepimpinan Khalid sebagai ketua negeri dibayangi oleh pihak tertentu walaupun perkara itu dinafikan, itu semua adalah untuk menyelematkan pakatan pembangkang yang semakin hanyut sokongan daripada  rakyat.  - MediaUMNO


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment