Perjuangan BN bagi memastikan keselesaan Rakyat 1Malaysia


Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah ikhlas dalam memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata perjuangan BN untuk rakyat turut tidak mengirakan anutan agama, kaum dan keturunan.

“Tiada pilih kasih yang diamalkan oleh BN…perjuangan kita adalah untuk rakyat menyeluruh,” katanya pada majlis penyerahan baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) fasa satu dan dua di sini kelmarin.

Seramai 1959 orang bagi daerah Sipitang menerima baucer bantuan RM500 dan Sapawi juga memberitahu bantuan yang diberikan oleh BN turut tidak mengetepikan individu yang berbeza fahaman politik.

“Mereka yang layak tetap akan menerima bantuan daripada kerajaan…kita mahu rakyat sedar bahawa BN adalah kerajaan yang tidak mengabaikan rakyat negara ini,” katanya dan menambah apa yang dilakukan oleh BN tidak mampu dilakukan oleh mana-mana parti termasuklah pembangkang.

Beliau juga berkata pemberian bantuan RM500 itu juga adalah bukti kepada rakyat mengenai kecekapan dan kebijaksanaan barisan kepimpinan dalam memastikan negara terus harmoni dan makmur.

Katanya bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan dibawah RM3,000 bukan untuk pancing undi “tetapi ia adalah untuk menyatakan kepada rakyat mengenai pencapaian pembangunan ekonomi negara.”

“Ekonomi negara berkembang dan membangunan dengan baik dan hasilnya membolehkan kerajaan membantu rakyat,” katanya lagi.

Menurutnya rakyat tidak harus terpengaruh dengan mana-mana dakyah yang memperkatakan tentang bantuan RM500. BN memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat dengan ikhlas dan adil “dan tidak mempunyai sebarang niat.”
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment