SAH !!! Siapa Parasit dalam PAS



SAH !!! memang ada Parasit dalam PAS yang tak sabar-sabar mahu mem”bunuh karier politik” Datuk Dr Hassan Ali.

Setelah dipecat sebagai ahli PAS, dan diberi tempoh selama 30 hari untuk merayu, kini belum sampai 30 hari sebelum beliau benar-benar terlucut keahlian PAS, beliau digugurkan pula sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam.

Dalam sidang media di kediamannya pagi tadi, Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak mempunyai masalah sekiranya digugurkan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, bagaimanapun beliau mempersoalkan tindakan terburu-buru Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk mengugurkan beliau sebagai Exco.

Malah, Hasan turut mempersoalkan tindakan tersebut kerana beliau secara teknikal masih ahli Pas kerana mempunyai  ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan kerana beliau diberikan tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

"Sikap ini seperti ada pihak yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkan jawatan saya sebagai Exco. Saya tidak mempunyai masalah digugurkan sebagai Exco tetapi tindakan terburu-buru menggugurkan saya sedangkan saya masih lagi ahli Pas kerana mempunyai masa untuk membuat rayuan,".
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment