Berhati-Hati Trend Bangkit Semangat Patriotik Dengan Campur Tangan Asing


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan para penuntut Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme: Hala Tuju Sebenar di UNIMAS di sini, hari ini.Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan) – Foto: MediaUMNO



Kebangkitan semangat patriotik rakyat untuk menukar kerajaan baru dengan campur tangan asing tidak akan menjamin kestabilan dan keamanan sesebuah negara, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.

Beliau berkata senario baru politik dunia hari ini sudah berubah dan anggapan bahawa menukar kerajaan yang baru atau "regime change" sebagai sesuatu yang dianggap patriotik adalah tidak tepat.
           
"Bagi saya tidak ada tempat sebuah negara demokratik untuk guna kuasa asing jayakan cita-cita negara kerana sesebuah kerajaan itu dipilih oleh rakyat dan bukannya kuasa asing yang mempunyai agenda tersirat," katanya ketika menyampaikan ceramah "Patriotisme dan Politik" di Universiti Malaysia Sarawak  (UNIMAS) di sini hari ini.
           
Dr Mahathir berkata perubahan politik di negara-negara Arab menjadi asas bagaimana campur tangan asing memainkan peranan yang besar dalam menukar sesebuah kerajaan yang selama ini dianggap tidak membela nasib rakyat dengan tidak sehaluan dengan desar beberapa negara kuasa dunia.
           
Katanya anggapan bahawa tindakan pemberontak anti kerajaan di negara yang dipilih oleh rakyat itu sebagai patriotik adalah tidak tepat kerana mereka sudah diperalat dengan bantuan sumber kewangan dan pengaruh media oleh orang asing yang ada kepentingan.
           
Katanya mana-mana negara yang melalui pertukaran kerajaan yang baru dengan campur tangan asing tidak akan ada kebebasan kerana mereka pasti akan sentiasa dikawal oleh kuasa luar yang mahu pemerintah menuruti kehendak mereka.
           
Beliau berkata dalam konteks sebenar, patriotik adalah semangat cintakan negara dan bersedia untuk berkorban mempertahankan negara daripada ancaman anasir luar.
           
"Patriotik bermaksud kita setia kepada negara dan setia kepada pemerintah yang dipilih oleh rakyat," katanya.

Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment