BN Kedah Kembali Teguh – Bersedia Hadapi PRU13 – Mahadzir Khalid


Ketua Pembangkang Kedah, Datuk Seri Mohd Mahadzir Khalid melihat ada pertambahan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di Kedah, khususnya peningkatan sokongan kepada UMNO sejak akhir-akhir ini.

Jelas beliau dari segi kekuatan jentera yang bergerak dalam tempoh empat tahun, sejak pilihan raya umum yang lalu kelihatan ., jentera UMNO bergerak secara serius dan  secara padu untuk menghadapi PRU-13.

“Di Padang Terap sendiri, kita mengerakkan jentera sejak 2009, semua sayap jentera bergerak, gandingan yang ada di Padang Terap mampu memberikan kemenangan yang selesa kepada calon BN yang bertanding, ditambah kesedaran di kalangan pemimpin, apa nasib kita semua apabila kalah dalam pilihan raya,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, jika sebelum ini semuanya rasa selesa dengan anggapan bahawa BN pasti menang, kini masing-masing timbul kesedaran bahawa jika BN tidak serius, tidak mustahil BN akan terus jauh hati rakyat dan terus menjadi pembangkang di Kedah.

“Maka setiap dari pemimpin dan ahli BN terus bekerja keras bagi menebus kekalahan lalu, seterusnya meletakkan BN terus di hati rakyat.

“Jadi saya nampak, kesedaran ini bukan di kalangan pemimpin sahaja, tetapi kesedaran ini sehingga ke akar umbi. Contohnya ada Ketua UMNO Cawangan yang mengambil senarai daftar pengundi dan duduk bersama jawatankuasanya untuk menilai dan mencari sendiri pengundi sehingga  ke akar umbi, ini jarang dilakukan sebelum ini.

“Kekuatan yang timbul sekarang ini berasaskan kepada kesedaran. Dalam masa yang sama, kekuatan BN juga disokong dengan sokongan Badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Ini termasuk NGO belia, NGO persilatan dan NGO-NGO bukan Melayu yang terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Barisan Nasional,” ujarnya lagi
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment