Golongan belia dari semua peringkat persatuan belia di negeri
Selangor mahukan dan menggesa Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat di
bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyelesaikan isu bekalan air
bersih di negeri Selangor dengan segera.
Timbalan
Pengerusi Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, dari laporan
media cetak dan elektronik kami maklum sudah banyak kali kedua-dua pihak telah
bermesyuarat akan tetapi gagal membuat sebarang keputusan.
”Semalam
EXCO Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar telah memaklumkan bahawa
Kerajaan Selangor akan menggunakan kaedah proses pengambilan air mentah dari
bekas-bekas lombong, pengambilan dan penapisan air sungai, penggunaan air hujan
dan air mentah dari takungan hujan.
Sebelum
ini perbincangan kedua pihak gagal kerana Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan
kelulusan berhubung 3 perkara berikut iaitu pengambilan balik tanah hak milik, penggunaan
tanah rizab hutan simpan dan kelulusan arahan pembangunan daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT). Pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang
ke Selangor telah berjalan mengikut jadual yang dirancang, namun pelaksanaan
Projek Loji Rawatan Air Langat 2 telah mengalami kelewatan yang sangat kritikal,“
ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.
Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih berdegil tidak mahu
memberi kerjasama kepada Kerajaan Pusat. Malahan mereka telah mencadangkan perkara
yang lain pula. Bukankan cadangan mereka ini juga memerlukan jumlah kewangan
yang besar menggunakan duit rakyat Selangor?
Bukankan anak syarikat negeri Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) yang dipilih
untuk meneraju pemindahan air mentah ini kroni kepada kerajaan negeri? Apakah
jaminan Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memilih syarikat perunding dari
luar untuk membuat kerja-kerja ini seperti yang berlaku di Pulau Pinang dimana
syarikat perunding luar dari Singapura yang dilaporkan menjadi perunding untuk
membina rumah kos rendah?
“Jika Kerajaan Negeri betul-betul serius dengan permasalahan air di
Selangor mengapakah baru sekarang dicadangkan perkara di atas, sepatutnya dari
2008 lagi. Adakah Kerajaan Negeri baru Yakin
bahawa tahun 2014 Lembah Kelang termasuk Selangor akan mengalami masalah air,
maka cadangan-cadangan ini diunjurkan sekarang. Berapa lamakan
cadangan-cagangan ini dapat direalisasikan? Berapakah jumlah kos yang akan
dibelanjakan duit rakyat Selangor?,“ ujarnya lagi.
Unjuran yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
menunjukkan bahawa permintaan bekalan air terawat pada tahun 2011 di Selangor,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka meningkat kepada 4,631
juta liter sehari, iaitu melebihi keupayaan pembekalan sebanyak 4,431 juta
liter sehari dengan defisit bekalan sebanyak 200 juta liter sehari. Menjelang
akhir tahun 2014 pula, defisit bekalan dijangkakan meningkat kepada 703 juta
liter sehari dengan permintaan bekalan air terawat dijangkakan meningkat kepada
5,349 juta liter sehari berbanding keupayaan pembekalan sebanyak 4,646 juta
liter sehari.
“Kami juga kesal dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor kerana memandang
rendah kredibiliti, keupayaan dan profesionalisme pegawai-pegawai kerajaan dan
agensi-agensi kerajaan yang mempunyai kemahiran dalam membuat penyelidikan dan
laporan berkenaan permasalahan air ini.
Oleh itu, kami mendesak agar Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berdolak
dalih, menuding jari dan menghenti mempolitikkan isu air di Selangor ini. Kami tidak yakin dengan janji Kerajaan
Negeri Selangor kerana janji pilih raya dahulu pun masih tidak tertunai lagi,
apatah lagi isu besar seperti ini dapat diselesaikan,“ ujarnya yang juga
Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Selangor.
0 Komen