Isu PASIR Selangor- Bukan Setakat Dipecat ... Kini Diancam Bunuh



Sumber: KitaGempur
Pakatan haprak semakin tertekan apabila skandal pasir semakin panas.Penyelewengan yang membabitkan ratusan juta ringgit ini membabitkan beberapa nama besar didalam kerajaan negeri Selangor.
Turut dikaitkan dengan skandal ini adalah Anwar Ibrahim,pembabitan nama nama pemimpin pakatan didalam skandal ratusan juta ringgit ini menyebabkan mereka berasa tertekan hingga sanggup memecat beberapa pegawai KKSB semata mata untuk menutup kerja rompakan agar tidak terdedah dimata umum.

Sekarang ini pegawai yang dipecat telah diugut bunuh agar tidak mendedahkan rahsia penyelewengan. Kes ugut bunuh ini cukup mirip dengan pembunuhan Teoh Beng Hock yang membabitkan rasuah 7 orang Adun DAP Selangor.

Teoh di bunuh oleh orang DAP semata mata mahu menyelamatkan kerajaan negeri pakatan.Jika 7 orang ADUN DAP didakwa membabitkan rasuah sudah pasti kerajaan negeri Selangor akan tumbang.Tindakan membunuh Teoh dibuat setelah melihat mangsa bersetuju untuk menjadi saksi penting pihak SPRM.

Menariknya DAP telah berjaya spin melalui propaganda kononnya pihak SPRM yang bertanggungjawab membunuh Teoh Beng Hock,sedangkan jika difikirkan secara logik mana mungkin SPRM melakukan kekerasan terhadap Teoh kerana beliau berpihak kepada pihak SPRM.
Bekas pegawai KKSB perlu berhati hati didalam mendedahkan penyelewengan isu pasir ini.Memandangkan pihak yang terdesak akan sanggup melakukan apa saja hingga sanggup membunuh.

Seorang bekas kakitangan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), T. Sivanesan membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh melalui telefon oleh seorang pemanggil tidak dikenali hari ini.

Sivanesan, 25, yang dipecat pada September tahun lalu mengesyaki, ugutan yang diterima pukul 12.54 tengah hari itu ada kaitan dengan pendedahannya mengenai penyelewengan pasir dalam syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu.

Dalam panggilan telefon berkenaan, Sivanesan mendakwa, seorang lelaki menghubungi telefon bimbitnya serta mengugut untuk membunuhnya sekiranya dia terus menganggu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Sri Muda, Shuhaimi Shafie serta syarikat KSSB dalam isu pasir.

"Pemanggil itu mengugut untuk membunuh saya sekiranya terus mendedahkan mengenai penyelewengan pasir yang berlaku di negeri ini.

"Ketika menerima panggilan telefon itu, saya sedang berada di Pusat Perubatan Seri Kota dan perbualan saya dengan lelaki itu berlaku selama kira-kira dua minit," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Pada November tahun lalu, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Sivanesan mengenai wujudnya elemen campur tangan tersebut dari segi pemberian kontrak perlombongan pasir dan penjualan pasir kepada syarikat yang sama.

Dalam laporan ketika itu, Sivanesan yang juga merupakan bekas Eksekutif Pemasaran KSSB tersebut dipetik sebagai berkata, syarikat berkenaan juga dimiliki individu berkepentingan politik serta mempunyai kaitan dengan Abdul Khalid dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sivanesan bagaimanapun berkata, ugutan bunuh berkenaan langsung tidak melemahkan semangatnya untuk mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam syarikat tersebut.
"Saya tidak akan berputus asa malah akan terus mendedahkan kepincangan serta penyelewengan yang berlaku dalam syarikat KSSB," tegasnya.

Mengulas lanjut, Sivanesan turut menggesa supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan pasir yang berlaku di negeri ini.

"Sekiranya, suruhanjaya diraja diwujudkan, saya dan rakan-rakan yang lain bersedia untuk hadir bagi menunjukkan bukti tentang kebenaran dakwaan tersebut kepada suruhanjaya berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan pihaknya ada menerima laporan polis tersebut.-utusan
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment