Jangan Jadi Badut Politik


Gambar Hiasan: Tidak Ada Kena Mengena Dengan Mereka Yang Hidup Atau Mati

“Jangan jadi ‘badut suruhan’ yang diperalatkan demi kepentingan politik kumpulan tertentu,” tegas Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang, Datuk Tengku Zulkifli Ahmad kepada peniaga Melayu yang sanggup menjadi sebahagian penyokong Himpunan Hijau.

Beliau juga tidak menafikan ada peniaga Melayu di negeri ini yang dibiayai sepenuhnya dan dibayar kumpulan terbabit untuk bersama menyertai perhimpunan itu semalam.

Zulkifli kesal kerana ada peniaga Melayu yang sanggup diperalatkan oleh kepimpinan parti tertentu atau majikan yang terlibat dalam perhimpunan itu tanpa mendapatkan maklumat tepat.

“Sokong biarlah bermaklumat, jangan sokong melulu kerana akhirnya laba (untung) orang lain yang dapat,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan DPMM kali ke-37 2011/2012 di Kuantan, semalam.

Beliau mahu semua peniaga Melayu di negeri ini sedar perhimpunan itu sebenarnya memberi keuntungan kepada individu lain.

Sebelum itu, Zulkifli menandatangani perjanjian persefahaman (Mou) bersama Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) dan Kolej Komuniti Paya Besar untuk bekerjasama melahirkan lebih ramai ahli perniagaan muda yang berjaya.

Katanya, DPMM sebelum ini sudah menjalin kerjasama menerima mahasiswa Polisas sebagai pelatih latihan industri di syarikat mereka.

 “Kita menganggap institusi pengajian ini sebagai anak angkat kerana sudah ramai peniaga dilahirkan melalui kerjasama ini,” katanya.

Menurutnya, Kolej Komuniti Paya Besar turut menjadi sebahagian penyokong DPMM yang melaksanakan program melatih bakal usahawan.

Pada majlis sama, peniaga Melayu turut memberi idea dan cadangan memajukan perniagaan mereka di samping mengharapkan DPMM membantu menyelesaikan masalah mereka.

 Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Perkasa Pahang, Yusri Yusof mahu semua pihak menghentikan perhimpunan seumpama itu kerana kerajaan sudah memberikan peluang kepada pihak terbabit dengan kerjasama pihak berkuasa untuk menganjurkan perhimpunan itu.

 “Kita berharap pihak terbabit tidak lagi memanjangkan isu terbabit kerana kerajaan sudah memberikan penjelasan dengan kajian dan jawapan pakar-pakar berkaitan sama ada dari tempatan dan luar untuk menjelaskan situasi Lynas.

 “Apalagi yang mereka mahu, jangan politikkan lagi isu ini” katanya yang juga Pengerusi Perkasa Kuantan kepada Sinar Harian.

Yusri berkata, pihaknya juga bersyukur kerana perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman dan kehadiran orang luar berbanding penduduk Kuantan sendiri menunjukkan penduduk bandar itu memahami dan menyedari situasi sebenarnya mengenai kewujudan kilang Lyanas tersebut di Gebeng.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment