Kerajaan Sentiasa Utamakan Kebajikan Rakyat- Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam mendahulukan perpaduan, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan.

Beliau berkata semua inisiatif itu jelas bertepatan dengan konsep negara
Madinah yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW dalam menjaga kebajikan rakyat.

Perdana Menteri berkata demikian dalam mesej sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah", yang disiarkan melalui laman blog beliau www.1Malaysia.com.my.

Antara inisiatif kerajaan melalui jenama 1Malaysia yang telah diperkenalkan ialah Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Amanah Saham 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan terbaru, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia), katanya.

Mengimbau perjuangan Nabi Muhammad SAW, Najib berkata Rasulullah telah berjaya membawa transformasi kepada ummah melalui kasih sayang dan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan mereka.

Najib berkata melalui dakwah yang dibawa, akhirnya muncul satu tamadun yang sangat hebat dalam kalangan ummah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menarik perhatian bahawa tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Perpaduan Asas Perpaduan Ummah bertepatan dengan usaha kerajaan dalam menjayakan agenda transformasi negara.

"Persefahaman inilah yang saya utarakan melalui Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) ke seluruh dunia dengan seruan bagi memupuk sifat kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan manusiawi.

"Sememangnya keharmonian dan perpaduan rakyat pelbagai kaum yang kita kecapi hari ini menjadi teladan kepada bangsa-bangsa lain di dunia," katanya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment