Kerakusan Jual Aset Yayasan Selangor- Terbayang Bakal Terlingkup PRU13




Kerakusan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat dalam menjual aset-aset yang dimiliki Yayasan Selangor kini membuktikan mereka terlalu rakus dalam tindakan terburu-buru ini seolah-olah mereka sudah terbayangkan akan terlingkup dan kehilangan kuasa mereka di negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, segala harta yang ada perlu dihakis dan dilangsaikan segera sebelum kerajaan negeri Selangor kembali ke tangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang, ujar Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa.

“Kini, segala aset Yayasan Selangor tergadai sudah, apa saja simpanan kerajaan negeri habis digunakan atas kepentingan pakatan PKR-DAP-DAP di Selangor ini.  Kerajaan PKR Selangor ini buat sesuatu untuk rakyat negerinya hanya bermotifkan keuntungan politik mereka. Mereka tidak memberi atau membuat pembangunan kepada rakyat Selangor sebaliknya hanya pandai menjual segala aset yang ada.

"Apa pembangunan yang boleh dibanggakan di Selangor dalam tempoh empat tahun pembangkang perintah? Daripada kita rakyat ada aset PKNS dan Yayasan Selangor, hari ini semuanya nak dijual mereka (pembangkang). Sewaktu BN mentadbir dahulu, kita sediakan tapak-tapak pasar tani dan pasar malam, hari ini kita lihat sewa premis-premis ini semuanya dinaikkan. Jelas ini bercanggah dengan manifesto mereka. Dahulu kata nak sediakan kemudahan premis untuk usahawan, tapi hari ini bukan sahaja tak ada tetapi nak naik pula sewa dan tekan usahawan,” ujarnya yang juga Setiausaha Sekretariat Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak rakyat Selangor menilai sendiri keberkesanan dan kejayaan kerajaan pakatan pembangkang sejak mereka mentadbir Selangor sejak tiga tahun lalu.

“Adakah ini mutu perkhidmatan yang kita mahukan dari sebuah kerajaan yang mewar-warkan ketelusan sebaliknya apa yang mereka buat pada hari ini, bukan sahaja memberi keselesaan malah memberi beban kepada rakyat Selangor,” tambahnya lagi. 
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment