Konsert Erykah Badu Batal- Pemuda PAS Gembira Dengan Langkah Kerajaan



Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana bertindak pantas membatalkan konsert yang bakal diadakan oleh seorang penyanyi dari Amerika Syarikat, Erykah Badu.

"Tahniah kepada Kementerian yang diketuai oleh Datuk Seri (Rais) kerana mengambil langkah drastik memperjuangkan agama Islam supaya tidak dipermain-mainkan oleh orang lain," kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam laman web rasmi PAS hari ini.
           
Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan berkata langkah kerajaan membatalkan konsert itu adalah tepat dan berterima kasih kepada Rais atas tindakan itu.
           
Namun beliau berkata isu Erykah Badu bukan sekadar konsert dan hasil karyanya tetapi lebih besar daripada itu ialah tindakan wajar terhadap akhbar The Star yang mempromosikan Erykah Badu dengan dada terdedah menampakkan tatu bertulis 'Allah' di dada kiri dan kanannya.
           
"Saya telah menekankannya sebelum ini dan sekali lagi saya atas nama Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar akhbar itu digantung permitnya selama sebulan paling minimum.
           
"Justeru ini bukan kesalahan pertama dan tidak mungkin mereka terlepas pandang kerana (The) Star pernah ditegur beberapa kali sebelum ini dalam isu menggugat sensitiviti agama khasnya bagi umat Islam,". 

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment