Nik Aziz Cuma Berlakon Desak Anwar Saman WSJ


Kenyataan Mursidul Am PAS, Nik Abdul Aziz semalam yang menyuruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman World Street Journal atas kenyataan menyokong keselamatan negara Israel sekiranya kenyataan beliau didapati diputar belit dilihat sebagai satu lakonan sekiranya tindakan susulan tidak diambil oleh salah satu pihak, ujar Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii.

“Dalam politik hari ini, banyak tindakan PAS sudah tidak lagi releven kepada perjuangan Islam, sebagai contoh terdekat, isu Hassan Ali yang telah dipecat disebabkan pertahankan akidah islam yang di permainkan oleh MB Selangor.

Dalam hal menyokong Israel pula, tiba-tiba kita lihat Nik Aziz bertindak mahu menyokong islam walhal sebelum ini, isu dalam negeri seperti Lina Joy murtad yang disokong Anwar tidak pula diendahkan oleh beliau,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Unit Media Baru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, ada banyak lagi peristiwa yang melibatkan akidah orang islam terjadi sekitar 3 tahun ini, tetapi tidak dipedulikan oleh Nik Aziz kerana mahu mendapat sokongan daripada kaum yang selama ini tidak menyokong PAS.

“Suka saya nak ingatkan kepada PAS agar lebih prihatin dalam menjaga Islam bersama, bukan hanya bertindak menjaga Islam seperti musim durian, nak berbuah baru nak jaga untuk mendapat hasilnya, islam bukan barang mainan untuk kamu.

Kalau DAP sanggup keluar dari negeri Kedah hanya disebabkan mahu pertahan kandang babi, PAS sepatutnya berani menarik keluar Selangor dari Pakatan, tetapi kalau pikirkan Selangor itu lubuk dana, setidaknya mereka nyatakan keluar PR dari Kelantan untuk menunjukkan betapa serius mereka menjaga Islam,” ujarnya.

Sehububungan dengan itu, semua orang Islam harus membuka mata dan buka hati untuk melihat sejauh mana orang Islam sudah dilacurkan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang demi untuk mendapat kuasa politik.

“Anwar tidak boleh menipu lagi, sekiranya orang PAS dahulunya boleh menuduh perkara-perkara seperti ini diputar belit oleh UMNO, ternyata ini semua tuduhan liar semata-mata mahu menjaga silaturahim di antara mereka,” ujarnya lagi. 
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment