PANAS: "Royalti Minyak" Disalur Tanpa Sekatan Kepada Warga Singapore....


Mana penguatkuasaan pihak berwajib di sempadan tanahair. Percaya atau tidak, pemilik stesen minyak sendiri menjadi dalang kepada penyaluran 'royalti' minyak yang patutnya menjadi hak Rakyat Malaysia kepada warga Singapore...

Ini berlaku di Johor. Di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi tidak meletakkan sebarang tanda untuk tidak membenarkan kereta asing (Singapore) mengisi minyak RON95 yang telah disubsidikan kerajaan kepada Rakyat Malaysia.

Jika ada tanda sekalipun, tidak ada pengawasan untuk memastikan kereta2 milik warga Singapore ini mengisi minyak RON 97 sebagaimana yang sepatutnya.

Dengan mudah sahaja rakyat Singapore memasukkan RON 95 ke dalam tangki kereta mereka. Swap mastercard, terus isi RON 95 dalam tangki mereka.....

Di mana penguatkuasaan pihak berwajib?

Di mana letaknya sikap ketanggungjawaban pemilik stesen minyak di sempadan tanahair?

Adakah kerana mahu mengaut keuntungan sendiri, hak rakyat Malaysia digadaikan pemilik stesen-stesen minyak ini?
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Assalamualaikum Tuan,
    MALAYSIA adalah negara yang serba serbi cantik dari segi peraturan TETAPI AMAT LEMAH dari segi perlaksanaan...maka begini lah jadinya kata nak letak rela...polis etc...mana semua itu, hanya indah khabar dari rupa.....SEDIH

  2. Dulu dah ada cadangan nak kenakan levi rm20 bila kereta Spore masuk Malaysia, pastu senyap je...

    Tapi kalau orang Malaysia pegi sana, kena cas tol, cas itu, cas ini, minyak bila nak balik kena 3/4 full tank (walaupun jarang diperiksa). Macam2 kena cas, tapi Kerajaan kita ada bantah? Senyap je... KihKihKih...

Post a Comment