Pemimpin Negara Perlu Contohi Pemerintahan Rasulullah- Tun Abdullah


Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata pemimpin negara perlu mencontohi pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah yang memberikan perhatian saksama terhadap umat Islam dan bukan Islam.

"Nabi Muhammad S.A.W bukan hanya memberi perhatian kepada umat Islam yang ada di Madinah tetapi juga memberi perhatian kepada yang bukan beragama Islam. Mereka (penduduk di Madinah) pun lain agama, tetapi yang diutamakan adalah kedamaian dan keselamatan.

"Sebagai seorang pemimpin baginda telah menunjukkan teladan yang cukup baik. Sebab itulah baginda dikenali dengan panggilan "uswatun hasanah" yang bermaksud "contoh yang cukup baik"," katanya kepada pemberita selepas menyertai perarakan sempena Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan Hasyim Awang, di sini hari ini.

Abdullah yang juga anggota Parlimen Kepala Batas berkata cara pemerintahan Rasulullah seharusnya menjadi satu ikatan kepada pemimpin-pemimpin khususnya  yang memimpin sebuah negara seperti Malaysia yang mempunyai penduduk pelbagai kaum.

Beliau berkata perbezaan kaum dan agama tidak seharusnya menjadi masalah dalam memerintah, tetapi apa yang perlu diberikan keutamaan adalah usaha untuk membawa keamanan, keselamatan, kemakmuran dan kedamaian kepada kehidupan rakyat.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment