SHAH ALAM - Taktik sebuah rumah kedai menyediakan perkhidmatan
memandikan pelanggan atas katil khas yang diletakkan di bilik air, sebelum
menawarkan seks sebagai tarikan tambahan, terbongkar setelah polis menyerbu
premis di Taman Botanic, Klang, kelmarin.
Kegiatan itu dikesan, selepas polis menerima maklumat orang awam
yang curiga melihat ramai pengunjung memenuhi premis tiada berpapan tanda itu.
Hasil maklumat itu, serbuan diketuai Asisten Superintendan Aimy
Shah Fadhil bersama tiga pegawai dan tujuh anggota dari Unit Urus Setia NKRA,
Selangor, dijalankan, malam, kelmarin.
Menurutnya, ketika diserbu seorang pelacur warga asing dalam
keadaan separuh bogel sedang melayan pelanggan.
“Kita tahan enam pelacur warga Vietnam dan tiga wanita China,
masing-masing berusia antara 21 hingga 35 tahun dan dua penjaga premis serta
tujuh pelanggan berusia antara 22 hingga 39 tahun,” katanya semalam.
Aimy Shah berkata, siasatan awal mendapati taktik meletakkan katil
di bilik air itu, adalah modus operandi terbaru yang digunakan oleh sindiket
pelacuran.
Menurutnya, terdapat juga kamera litar tertutup (CCTV) bagi
memantau kehadiran polis.
Katanya, siasatan menunjukkan semua pelacur itu menyalahgunakan
pas lawatan sosial dan semua ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 dan 373 Kanun
Keseksaan. - Sinar Harian
Sahabat-Gunung: Nak buat macammana, dah Punahsihat Ekonomi Selangor pun guna China Doll, mestilah business ayam segar dari ladang nie semakin berleluasa di Selangor ......
0 Komen