Rakyat Dilihat Semakin Terima Program Transformasi Perdana Menteri


Rakyat dilihat semakin yakin dan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang  sedang melakukan pelbagai program transformasi untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata pelbagai program seperti pemberian Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM), Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), Kedai Menu Rakyat (KMRM), Bantuan Persekolahan 1Malaysia (BP1M), dilihat ternyata mendapat sambutan rakyat di seluruh negara dalam usaha kerajaan meringankan beban rakyat.

"Bagaimanapun anggota UMNO jangan leka dengan pakatan pembangkang sekalipun mereka dilihat hilang punca dan terdesak berikutan perubahan rakyat terhadap transformasi yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Siri Penerangan kawasan Parlimen bagi kawasan parlimen Cameron Highlands di sini, malam tadi.

Majlis penerangan itu bertujuan memberikan penjelasan kepada anggota dan pemimpin parti pelbagai peringkat tentang isu semasa dalam usaha menangkis dakwaan dan tohmahan pembangkang dan Parlimen Cameron Highlands adalah yang keenam diadakan bahagian penerangan Umno Pusat setakat ini.

Ahmad berkata apa yang penting kini ialah Umno dan Barisan Nasional (BN)  terus meningkatkan pelbagai aktiviti dan program dengan turun padang bagi mendekati rakyat dan mengatasi masalah mereka.

"Pihak pembangkang akan terus mencari isu-isu baru untuk terus mengelirukan rakyat dan Umno juga perlu menangkis segala tohmahan yang dilakukan menerusi pelbagai program turun ke padang," katanya.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment