Selcat Hanya Gimik Pura-pura Atasi Kebenaran Pembangkang



Jawatankuasa Keupayaan, Akauntabiliti dan Ketelusan (Selcat), yang ditubuh oleh Kerajaan Negeri Selangor hanyalah untuk melindungi ketidakupayaan serta kelemahan pentadbiran pakatan pembangkang di negeri tersebut.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman menyifatkan penubuhan Selcat adalah gimik politik kerajaan negeri dan boleh dianggap satu kepura-puraan untuk mengatasi kebenaran terutama apabila membabitkan sesuatu isu yang menyentuh pentadbiran kerajaan negeri.

“Setiap kali ada sesuatu isu, kerajaan negeri akan mengumumkan bahawa satu inkuiri awam akan dibuat dan Selcat akan membuat pendengaran awam.

“Ini adalah alasan untuk memastikan tuduhan atau perkara yang dibangkitkan itu relevan untuk dijalankan siasatan, tetapi sehingga kini tiada apa pun tindakan diambil terhadap perkara itu, setahu saya yang sering kena tindakan hanyalah wakil rakyat Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan kerajaan Selangor yang ingin mengadakan inkuiri awam terhadap pertuduhan rasuah kepada syarikat pasir milik kerajaan negeri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

“Itu bukan pertama kali inkuiri pendengaran awam dilakukan oleh Selcat, tetapi tiada keputusan atau tindakan dilakukan, Selcat ini bolehlah dianggap sebagai berpura-pura mengatasi kebenaran untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka. Mereka ini hanya pandai cakap sahaja sebagai sebuah kerajaan yang telus dan akauntabiliti tapi, mana dia tindakannya,” katanya.

Satim yang juga Adun Seri Serdang berkata sejak pakatan pembangkang memerintah Selangor, banyak kepincangan yang berlaku dan menganggap segala pendedahan yang dibuat itu adalah perancangan BN untuk memburuk-burukkan pentadbiran mereka. – MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment