SERANG Tak Mahu Dolak Dalik, Tubuh Suruhanjaya Di Raja Siasat Isu Pasir



Suara Anak Muda Selangor (SERANG) mencabar kerajaan negeri Selangor kalau berani, tubuhkan Suruhan Jaya Di Raja bagi menyiasat isu pasir di Selangor.

Pengerusinya, Budiman Haji Zohdi berkata, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim juga tidak berdolak dalik atau mempunyai sikap denial sindrom dengan menyalahkan orang lain dalam kelemahan pentadbirannya.

“Jika sebelum ini, Khalid Ibrahim telah berjanji pihak Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) akan menyumbang RM150 juta hasil pasir kepada kerajaan negeri, tetapi sampai sekarang, kita tak tahu berapa jumlah sebenar sumbangan KSSB ataupun tidak ada langsung.

Rakyat nak tahu, apa yang mereka janjikan, adakah benar-benar mereka laksanakan. Begitu juga dengan penglibatan dua orang ADUNnya dalam skandal pasir tersebut, perlu ada siasatan segera sejauh mana penglibatan dua ADUN tersebut,” ujarnya kepada UMNO-Online sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, Budiman mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuat siasatan berhubung skandal pasir Selangor ini.

“SPRM tidak harus mendiamkan diri kerana sejak dua tahun lepas, banyak pihak bukan sahaja telah membuat laporan malah menyerahkan dokumen bukti penyelewengan dan salah laku mereka yang terlibat dalam skandal pasir ini.

Takkan dalam masa dua tahun ini, tidak ada siasatan yang dibuat, kami masih setia menunggukan laporan siasatan SPRM dalam kes ini,” tambahnya.  

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment