Singapore Israel Di Asia? Singapura?

Artikel ini dari sahabat blogger, Pisau.Net untuk dijadikan renungan buat semua rakyat Malaysia, nak tahu siapa DAP dan rahsia di sebalik ABU ......


Menurut sebuah laman konsultan pertahanan india, menjelaskan apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, pada masa yang sama tentera British juga telah mengambil keputusan untuk meninggalkan Asia.


Rentetan itu telah menyebabkan Lee Kuan Yew yang masa itu menjadi Perdana Menteri Singapura telah meminta bantuan India untuk mambangunkan Angkatan Tentera dan juga Hubungan Luar. Namun India hanya bersetuju untuk membantu dalam bidang Hal Ehwal Hubungan Luar sahaja, bagaimanapun Lt Gen Mattew Thomas kemudian menjadi penasihat tentera pada tahun 70an.


Singapura selepas itu meminta bantuan daripada Israel dan kemudian mengambil Afrika Selatan sebagai model dan mengunakan pendekatan tentera mengikut cara Khidmat Wajib Switzerland. Kini negara tersebut dikatakan memperuntukkan belanjawan ketenteraan sebanyak $4.5 Billion dollar untuk negara yang mempunyai penduduk hampir tiga juta.


Kisah kejayaan tentera Singapura menurut laman tersebut adalah hasil usaha dari Lee Kuan Yew dan dibantu oleh anaknya Brig Gen Lee Hsein Leong yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Goh Chok Tong yang sekarang ini merupakan Menteri Kanan.


Singapura juga mempunyai kerjasama dengan India dalam bidang ketenteraan melalui kerjasama dengan DRDO dan Tentera Laut India,Pada tahun 2004 dikatakan telah diadakan latihan bersama angkatan tentera singapura dengan angkatan tentera India (IAF). Adanya hubungan ini antara Singapura dan India ini akan memberi keuntungan kepada India kerana Singapura sudah tentu akan melabur di India dan seterusnya akan membantu ekonomi India berkembang.


Admiral Teo Che Hean menerangkan kepada semua pegawai kanan India yang melawat Singapura iaitu hubungan strategik yang kuat adalah penting untuk perniagaan. Tentera Laut India telah mendapat manfaat dengan menghantar kapal-kapalnya ke Singapura dan sekarang mempunyai kekuatan kewangan untuk menghantar kapal mengisi minyak.


Baca seterusnya pendedahan PISAU.Net di sini: http://www.pisau.net/2012/02/singapura-israel-di-asia-penang.html#ixzz1ngQiIgof




Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment