UMNO Gombak Tak Mahu Bergantung Isu Hassan Ali, Utamakan Khidmat Rakyat


Parlimen Gombak kini mungkin menjadi salah satu tumpuan umum menjelangnya Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyusul kelak apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia yang juga Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dipecat daripada parti itu baru-baru ini.
Cakap-cakap kedai kopi dan sembang penduduk setempat dan luar kawasan Gombak tentunya melihat Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang cukup cerah untuk kembali bertapak di kawasan berkenaan.
Namun bagi Penyelaras Parlimen tersebut, Datuk Megat Zulkarnain Datuk Omar Din tumpuan sekarang adalah melipatgandakan usaha membantu rakyat yang memerlukan agar kehidupan mereka lebih selesa dan bertambah baik.
“Apa yang kita laksanakan sekarang beri tumpuan sepenuhnya terhadap keperluan rakyat kerana rakyat mahu lihat dan rasa apa yang dijanjikan serta diusahakan oleh BN. Kita bukannya retorik dan penuh dengan janji palsu tetapi janji dan tunai.
“Isu Hasan Ali dan masalah dalaman Pas biarlah rakyat yang nilaikan sendiri dan meneliti apa yang diungkapkan oleh ADUN Gombak Setia itu untuk dijadikan panduan dan pengalaman berharga dalam PRU nanti.
“Saya rasa bukan sahaja penduduk Gombak, malah seluruh rakyat Selangor dan tentunya seluruh rakyat Malaysia lihat dan nilai apa yang diperkatakan oleh Hasan Ali itu dan mereka akan membuat pertimbangan masing-masing,” katanya  di sini.
Megat yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO  Gombak seterusnya menegaskan isu yang meimpa Pas Selangor hari ini bukannya “lesen” untuk mereka tidak bekerja, tetapi satu inspirasi kepada seluruh jentera untuk melipatgandakan lagi gerakan dan pelaksanaan untuk rakyat.
Katanya jentera parti telah diingatkan agar tidak melihat isu berkenaan sebagai satu kelebihan tetapi perlu melihatnya sebagai satu perangsang untuk mereka secara keseluruhannya.
“Saya dah pesan awal-awal dan sentiasa ingatkan mereka jangan sesekali lalai dan alpa kerana tugas utama kita adalah untuk rakyat dan bukannya sekadar untuk memenangi pilihan raya.
“Rakyat nak tengok apa yang kita buat untuk mereka dan bukannya kita berpeluk tubuh gara-gara isu Hasan Ali dan kepimpinan Pas selangor. Itu tidak sama sekali menjadi pegangan kita.
“Insyaallah dengan berkat doa dan usaha gigih, penduduk di Gombak akan memberi kepercayaan kepada BN pada pilihan raya nanti,” katanya. -MediaUMNO
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

Post a Comment