Ustaz Azizan Mangsa Konspirasi Dalaman PAS



Berita perletakan jawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak bukanlah kali pertama berlaku malah sudah berlaku beberapa kali kerana ramai pemimpin-pemimpin PAS di Kedah sendiri pun untuk menduduki kerusi Menteri Besar tersebut, ujar Ahli Jawatankuasa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung negeri Kedah (GPMS Kedah), Aswad Abu Bakar.

Ujarnya, apabila berlaku isu pengantungan lima orang mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini, kumpulan-kumpulan tertentu dalam PAS yang ada kepentingan dan kumpulan yang dilabelkan sebagai `Anwarisme’, mereka mengambil peluang ini untuk mengadu-domba kononnya Datuk Seri Azizan akan meletakkan jawatan Menteri Besar Kedah.

“Sebenarnya perpecahan di dalam PAS ini berlaku sejak Datuk Seri Azizan ini diberitakan sakit, ini punca yang pertamalah. Perkara kedua, kepimpinan Datuk Seri Azizan sendiri kurang disenangi sebenarnya oleh golongan muda di dalam PAS terutama pemimpin-pemimpin yang ada pendidikan di dalam PAS sendiri yang melihat cara kepimpinan Datuk Seri Azizan agak lapuk.

Dalam isu mahasiswa KUIN ini, Datuk Seri Azizan bertindak mengikut perlembagaan kerana AUKU masih belum dipinda. Apa yang dimomokkan oleh pembangkang sebelum ini, pihak pakatan ingin menghapuskan AUKU, jadi pihak pembangkang merasakan bahawa tindakan Datuk Seri Azizan ini bercanggah dengan apa yang mereka perjuangkan sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, inilah yang menjadikan pembangkang berasa tidak selesa dengan kenyataan dan tindakan Datuk Seri Azizan yang menghukum (yang mempengerusikan mesyuarat) pelajar KUIN  dengan kesalahan yang mereka lakukan.

“Jadi perkara ini menimbulkan perasaan kurang senang dan secara dalaman parti, ia digunakan untuk menjadi punca penyebab mengapa Datuk Seri Azizan perlu meletakkan jawatan,” tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap semua pihak agar lebih professional dalam melaksanakan tindakan-tindakan kita. Apabila undang-undang telah kita laksanakan dan kita telah gubal, kita perlu mengikut apa yang telag digubal.
“Tidak perlu kita terlalu berpolitik dalam perkara ini. Dari sudut GPMS, kita kena faham tujuan pelajar-pelajar masuk ke institusi pengajian tinggi, mereka sepatutnya belajar dan bukan berpolitik.

Bagi saya, tindakan berpolitik sebelum sampai pada masanya ini akan merugikan pelajar tersebut. Perkara ini perlu dikawal oleh kerajaan dan badan-badan yang melaksanakan undang-undang terutamanya di negeri Kedah, perlu lebih peka kepada permasalahan ini bagi menjamin pelajar-pelajar kita tidak terpengaruh dan juga tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti di luar daripada asas pendidikan mereka,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Azizan pernah mengaku didesak oleh penyokong Pas Kedah untuk meletakkan jawatan ekoran ketidakpuasan hati mereka kepada corak pentadbiran beliau yang dikatakan ‘ala-ala Barisan Nasional’ dan tidak melakukan apa-apa perubahan seperti di Kelantan.

Azizan merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah dan dilantik menjadi Menteri Besar setelah memenangi pilihanraya negeri itu pada Pilihanraya Umum ke-12 yang diadakan pada Mac 2008.




Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment