VIDEO: Kenapa Perlu Selamatkan Madrasah Salihiah, Kanchut?



Madrasah Salihiah Kanchut yang terletak di Jalan Tambang Badak, Alor Setar, ini tidak akan menjadi isu kontroversi seandainya segala status dengan tanah wakaf ini dipatuhi. Madrasah ini telah dibina pada tahun 1327 Hijrah atau 1909, kini telah berusia 102 tahun, ujar Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS), Dr Sobri Sudin.

Ujarnya, bangunan yang asalnya diperbuat daripada kayu itu diasaskan antaranya oleh Hajah Aisyah. Tapak asal Madrasah Salihiah adalah kira-kira 0.1 hektar namun mengecil kepada 0.08 hektar selepas sebahagian daripada tanahnya diambil untuk tujuan pembinaan jalan raya.

“Tapaknya berstatus tanah wakaf khas yang dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

Dari sudut syariat Islam, bila seseorang pewakaf mewakafkan tanah khas untuk dibangunkan surau atau madrasah, maknanya pemegang amanah selepas itu haruslah memastikan syiar dan syariat itu dipertahankan sehingga ke hari kiamat,” ujarnya ketika temubual eksklusif bersama UMNO-Online baru-baru ini.

Tambahnya, mereka hairan dengan sikap kerajaan negeri di bawah PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam, mereka mengetahui bahawa lot 623 di mana terletaknya tanah wakaf ini berstatus tanah wakaf khas.

“Jadi kenapa untuk tujuan pembangunan ini, pihak EXCO Kerajaan Negeri buat kertas cadangan untuk mengambil tanah ini. Kemudian isu kedua ialah jawatankuasa madrasah ini telah menyerahkan tanah ini kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah. Sebagai pemegang amanah, mereka bukanlah tuan punya tanah. Jadi bagaimana penjualan tanah dari pihak MAIK kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan dari PKNK kepada pihak pemaju, Belleview Group tanpa keizinan dari pemilik tanah boleh berlaku.

Dalam masa yang sama, persoalan yang harus dijawab oleh kerajaan negeri ialah mengapa tanah yang seluas 0.08 hektar menjadi cukup berharga untuk dibangunkan sedangkan dari sudut kepentingannya, projek Aman Central boleh dibangunkan tanpa diusik tapak dan bangunan ini,” tambahnya lagi.

Beliau memberikan contoh pembangunan Mid Valley Megamal di Bangsar, bagaimana Tokong Hindu di tengah-tengah kawasan pembangunan dirizabkan dan kekal sehingga ke hari ini. Ianya kerana pemaju dan kontraktornya Melayu, mampu menjaga sensitiviti bangsa dan agama lain.

Contoh kedua, ketika kerajaan Barisan Nasional menerajui Kedah sebelum ini, ketika pembangunan mini Putrajaya di Anak Bukit, terdapat satu tokong Hindu lama, jadi bila dibuat jalan, terpaksa dilencongkan demi untuk mengekalkan tokong hindu tersebut.

“Jika kerajaan PAS yang mendakwa memperjuangkan Islam memahami realiti sensitiviti ini, maka mereka tidak akan mengusik tapak tanah wakaf khas selain bangunan dua tingkat Madrasah Salihiah ini,” ujarnya lagi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

53 Komen

Post a Comment