Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendesak KDN ambil tindakan tegas terhadap pihak yang membenarkan anasir luar menentukan hala politik negara ini berdasarkan pendedahan Penyelaras BN Selangor, datuk Seri Mohd Zin Mohamed baru-baru itu.
Pengerusinya, Hamizun Khairuddin berkata, ini jelas ada anasir
atau NGO luar yang serius dalam politik Malaysia dan menentukan kerajaan yang
sepatutnya dipilih rakyat negara ini.
“Pendedahan terlibatnya KAF dan NDI, kedua-dua buah yayasan dan
NGO yang berpengkalan di Eropah itu menunjukkan bahawa ianya satu perkara yang wajar
dapat perhatian KDN tambahan pula kenyataan Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi
Nik Ahmad yang mengaku dalam akhbar hari ini bahawa PKR memang ada guna dokumen
yang dibekalkan NDI dan KAF dalam latihan program politik mereka.
Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak pihak polis menyiasat dan melihat
perkara ini secara serius dan mendalam kerana kita tidak mahu anasir-anasir
luar akhirnya menjadi pelopor utama perubahan-perubahan politik dalam Negara kita,
seperti yang berlaku di Timur Tengah yang akhirnya menjadikan Negara itu
kucar-kacir, tidak mustahil boleh berlaku di Negara kita ,” tegasnya kepada
UMNO-Online.
Tambahnya, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) juga perlu
meneliti perkara ini terutama pembabitan anasir luar dalam menentukan pilihan
raya di negara ini.
Terdahulu, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan Yayasan Konrad
Adeneur (KAF) yang berperanan membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal
insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian
Dasar (IKD).
KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif
Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad
Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims
Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemborg'.
Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman
maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana
pembangunan teknologi dan latihan kepada parti itu.
Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam
sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara
seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas,
Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya
agensi kerajaan).
Kenyataan Penuh Dato' Seri Ir Mohd Zin Mohamed:
0 Komen