Bermudik Menyusuri Sungai Melaka- Satu Pengalaman yang Sukar Untuk Dilupakan



Jika dulu, sungai nie hanyalah satu sungai sepi yang tidak membawa apa-apa makna…. Airnya yang keroh dan berbau, sungai ini tidak mempunyai apa-apa nilai buat warga Melaka, jauh sekali untuk dijadikan sumber pendapatan buat penduduk sekitar  khususnya penduduk kg Morten….

Kini, selepas hampir 17 tahun aku meninggalkan Melaka, dan kepulangan ke Melaka baru-baru ini bersama rakan-rakan blogger, membuka mata bahawa 

Melaka kini berubah wajah, khususnya Sungai Melaka nie ….

Hari nie, sungai dah menghijau menandakan banyak plankton dah boleh hidup. Bila plankton dah boleh hidup, bermakna ikan dah boleh cari akan. Bila ikan dah boleh cari makan, apatah lagi manusia, confirm boleh cari makan.

Kini, di sungai ini menyediakan perkhidmatan feri menyusuri sungai ini. Buat mereka yang melancong, pergi kenduri kahwin mahupun ada tugasan rasmi di Melaka, janganlah melepaskan peluang untuk menyusuri sungai ini, dan jangan lupa bawa kamera untuk dijadikan satu kenangan indah ketika di Melaka.




Bagi perkhidmatan Melaka River Cruise, 4 buah jeti telah dibina bagi kemudahan pembelian tiket serta menaiki bot. jeti berikut ialah:-

·        Jeti Taman Rempah Ratus (spice Garden) Di Jalan Tun Sri Lanang
·       
      Jeti Medan MBMB di Jalan Bunga Raya

·       Jeti Padang Nyiru di Jalan Laksamana

     Jeti Quayside di Jalan Merdeka






 Tapi, naik bot nie bukan free tau…. Kalau nak free, korang bawak bot sendiri atau bawak jet ski sendiri…. Kalau free, pakcik pilot feri nak makan apa plak….?
Dewasa                    : RM10.00
Kanak-kanak          : RM5.00 (2 tahun hingga 12 tahun)
Kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma….
Bot VIP
Dewasa                    : RM20.00
Kanak-kanak          : RM 10.00 (2 tahun hingga 12 tahun)
Kanak-kanak bawah 2 tahun adalah percuma….

Hakikatnya, menyusuri Sungai Melaka di wakti siang mahupun di waktu malam merupakan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan. 



Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

4 Komen

  1. Wow!!! Satu kejayaan yg cukup besar oleh kerajaan negeri Melaka. Memang betul, dulu kotor jer sungai ni, tapi sekarang dah boleh jadi produk pelancongan plak.

    Kenapa kat KL, mcm sg gombak nie tak buat macam nie. Aku rasa kat sg gombak nie pun mampu buat macam kat sg melaka tu.

    Bawak ajerlah Ali Rustam balik KL, bagi dia Menteri Pelancongan, confirm Malaysia akan berubah jadi negara pelancongan menjelang Tahun 2020

  2. Anonymous
    12:50 AM

    Betullah, ini semua akibat kebijaksanaan pemimpin kerajaan BN Melaka serta kakitangan Jabatan Pelancongan Melaka dibawah Jabatan Ketua Menteri Melaka.

    Mereka inilah yang menjadi pengasas kepada pembangunan pelancongan di negeri Melaka.

    Bukan sahaja di Melaka River Cruse, ada Menara Taming Sari dan yang terkini, Muzium Kapal Selam di Klebang.

    Terima kasihlah mempromosikan negeri Melaka nie … Pic yang menarik, di harap dapat membawa lebih ramai pelancong tempatan dan luar Negara ke negeri Melaka nie…

  3. Anonymous
    8:22 AM

    janganlah pulak yang baik saja di highlight kan; bukan kah baik kalau diselitkan 'white elephant' ditepi sungai di taman rempah tu. perbelanjaan besar telah digunakan, namun LRT tu tersadai saja.

  4. Shairazi Romainor
    9:56 AM

    mmg cantik..dua kali bawak delegasi dr Jepun..bangga sebab dpt pujian diaorg..dulu mmg kotor tp skrg dh bersih..one of the popular tourism product in Melaka..

Post a Comment