Barisan Nasional Negeri Selangor hari ini
memberikan dan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir di
Kampung Lembah Jaya, Ampang sebagai permulaan bagi meringankan beban mangsa
banjir di kawasan ini.
Timbalan Pengerusi UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, hari ini kita
menyediakan 2000 nasi bungkus kerana difahamkan rumah-rumah di sekitar Kg Lembah
Jaya, Ampang ini masih tidak boleh masak sendiri memandangkan dapurnya hanyut,
rosak, makanan pun tidak ada, maka bantuan ini diharap dapat meringankan beban
mereka.
“Malam ini Tekun Nasional memberikan sumbangan sebanyak RM5000
untuk kita mengadakan gotong-royong menyediakan makanan kepada penduduk dan
mangsa banjir di sini.
BN cuba memberikan bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir
yang masih lagi belum dapat mulakan kehidupan seperti biasa, masak di rumah
masing-masing,” ujarnya ujarnya kepada pemberita selepas memberikan sumbangan
kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Lembah Jaya, Ampang.
Dalam masa yang sama, BN Selangor juga menerima bantuan
bahan-bahan mentah seperti beras, memandangkan mangsa banjir kini tidak ada
dapur untuk memasak, BN Selangor juga memberikan sumbangan sebanyak 331 tong
gas dan juga dapur dengan harapan dapat meringankan beban mangsa.
“Kita juga akan memberikan bantuan pakaian kepada anak-anak yang bersekolah,
saya difahamkan bahawa pakaian dan uniform sekolah anak-anak ini telah pun
rosak. Jadi untuk memastikan semua mangsa ini akan dapat bantuan yang
disediakan BN Selangor, saya minta pimpinan BN di Ampang dan di Hulu Langat
hendaklah membuat kajian secara terperinci
Kajian secara terperinci ini penting supaya tidak ada mana-mana mangsa
yang tertinggal. Dalam memberikan bantuan ini, kita tidak ‘memilih bulu’, kita
mengamalkan konsep 1Malaysia, maka kita akan bagi kepada semua yang benar-benar
memerlukan tanpa mengira fahaman politik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor
Tambahnya, mangsa banjir di Ampang dianggarkan dalam 331 buah
keluarga manakala di Hulu Langat melibatkan 3000 lebih keluarga yang menjadi
mangsa kejadian banjir pada 7 Mac lalu.
“Sehubungan dengan itu, BN Selangor meminta semua pimpinan BN di semua
peringkat turun ke akar umbi membuat kajian supaya mereka yang benar-benar yang
terlibat yang akan mendapat bantuan dan kita harap tidak ada mana-mana pihak
yang akan mengambil kesempatan di atas bantuan kecemasan yang akan kita
salurkan ini.
Saya yakin dengan kerjasama semua pimpinan BN, insya-Allah kita
akan dapat bancian yang terperinci dan akan cuba untuk memberikan kepada semua
orang yang terlibat,” ujarnya
Sehubungan dengan itu, BN akan terus membuka bilik gerakan banjir
di Ampang dan Hulu Langat, bagi meneruskan penyampaian bantuan kepada mana-mana
mangsa banjir di dua kawasan ini.
0 Komen