Pemuda Selangor Buat Laporan SPRM Berhubung Penyelewengan Kerajaan Negeri

Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Pengarang portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan negeri member projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak pembangkang memerintah negeri ini pada 2008.

 Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Abdul Jamal di Ibu Pejabat SPRM di sini pukul 2.45 petang.

 “Hari ini kami Pemuda UMNO Selangor datang ke SPRM untuk membuat laporan berkenaan dengan kenyataan dalam blog Raja Petra episod 18 yang menyatakan di sini banyak bukti kerajaan negeri Selangor tidak membuka tender dan melantik kontraktor secara rundingan terus dari 2008 sampai sekarang.

 “Ini adalah bertentangan dengan apa yang mereka janjikan untuk menghapuskan pemberian tender secara rundingan terus dan kami berharap SPRM dapat menyiasat perkara ini,” katanya
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment