Confirm: Shahrizat Resign



Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.
           
Katanya surat berhubung perkara itu yang berkuatkuasa pada 8 April telah disiapkan untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
           
"Saya mahu melakukan perkara yang betul. Saya berfikir untuk diri saya sekarang, perkara yang betul ialah berundur sebagai menteri kabinet. Masanya telah tiba.
           
"Saya juga mahu memastikan bahawa apa jua keputusan yang saya buat adalah keputusan yang tepat. Ia adalah keputusan saya sendiri," katanya selepas merasmikan majlis Jalinan Kasih LPPKN, di sini.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment