Denda RM25 jerr.... Murahnya.


Murahnya, didenda RM25 sahaja…. Kalau macam tu, takdelah kekesalan di hati penari-penari tiang nie ….

Menurut laporan KOSMO, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

  1. TIDAK BOLEH BERSANDAR DENGAN DNA SAHAJA WALAUPUN PERKARA INI BERLAKU .... BEGITU JUGA DENGAN KES 3 BUDAK PEREMPUAN ISLAM INI, TIDAK BOLEH DIKAITKAN DENGAN TARIAN "TIANG" SELAGI BELUM BUKA KESELURUHANNYA! ... KAMU TETAP BERSALAH, SEBAB BERADA DI TEMPAT LARANGAN BAGI ORANG ISLAM .... YA, HANYA "BERADA" DITEMPAT YG TIDAK SEPATUTNYA KAMU BERADA.... MAKA ITU AKU JATUHKAN HUKUMAN RM25 SAHAJA SETIAP ORANG ... KALAU MAHU HUKUMAN HEBAT CARILAH DITEMPAT YANG PALING HEBAT DI KL.....

  2. Anonymous
    10:26 PM

    BUAT PENAT POLIS BUAT KERJA JE...MAKA KETAWA BESARLAH PENARI TIANG DAN TAUKEHNYA...

  3. Anonymous
    10:58 PM

    salah mahkamah ni...patutnya kena p mahkamah syariah...ni x, p mahkamah sivil jd mcm ni la...hat pendakwaraya pn buta perut...

  4. Anonymous
    11:08 PM

    camana nak banteras nih..

  5. farahhazwani
    9:16 AM

    askum...utk perhatian..ketiga2 nya di hukum di bawah seksyen 21 akta kesalahan kecil dengan peruntukan denda tidak melebihi RM25...jadi mmg bukan salah mahkamah sekiranya denda dikenakan RM25...biar kita berakap berdasarkan fakta yg jelas...

Post a Comment