Golongan Belia Di Galak Menubuhkan Persatuan Belia- Jamawi


Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bukan sahaja membantu memperkasakan pertubuhan belia yang ada di negara ini melalui pelabagai bantuan dan program namun   turut memberi galakan kepada golongan belia di negeri ini untuk menubuhkan persatuan belia di kawasan masing-masing.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata ianya selaras dengan komitmen kerajaan agar golongan belia sebagai pemimpin pelapis pada masa akan datang dapat diperkayakan dengan daya kepimpinan dan sasiah diri dalam aktiviti berpersatuan

"Ia merupakan langkah terbaik memperkasakan golongan tersebut sebagai aset dan meneruskan proses kesinambungan pembangunan negara pada masa akan datang," katanya  ketika berucap merasmikan penubuhan persatuan belia Tahol Kemabong di kampung Kalamatoi Kemabong dekat sini baru- baru ini

Sambil mengucapkan tahniah atas inisiatif penubuhan persatuan belia di kampung tersebut, Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkata, penubuhan persatuan tersebut penting bagi melaksanakan pelbagai program belia dan ini sekali gus golongan belia dapat dulibatkan dalam aktiviti yang bermanfaat  serta mampu membanteras masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang.

Selain itu, katanya, ia membolehkan peruntukan daripada kerajaan dan pihak swasta dapat disalurkan terus kepada kumpulan sasar bagi menjayakan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

Menurutnya, terdapat banyak persatuan belia di negeri ini yang boleh dijadikan model kepada para pemimpin belia dalam mencapai keberkesanan kepimpinan, agar setiap persatuan yang ditubuhkan mempunyai hala tuju yang jelas
.
"Kita berharap penubuhan persatuan ini tidak hanya pada nama sahaja, tetapi pelbagai program kemasyarakatan dapat dilaksanakan, demi memberi faedah kepada semua pihak," katanya.

Tambah  Jamawi  program pembangunan belia perlu dirancang dan dilaksanakan dengan sebaiknya, termasuk melibatkan aspek seperti pendidikan, ekonomi, sukan, sosial dan agama.

Jelasnya, ia bertujuan untuk membolehkan ahli persatuan lebih dekat dengan masyarakat setempat.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment