Jangan Berikrar Sahaja !!! Buktikan BN Kembali Tawan Kedah


Yeaahhh !!! Hari nie Barisan Nasional (BN) Kedah berikrar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawan semula kerajaan negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Pengerusi BN negeri,  Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN juga akan memastikan Najib terus menerajui negara dan menawan semula kerusi-kerusi Parlimen yang tewas pada pilihan raya umum  2008.
           
"Kita yakin akan menawan semula Kedah dan memberi hadiah kepada Datuk Seri Najib serta memastikan beliau terus kekal di Putrajaya untuk memakmurkan negara," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdana anjuran BN di Padang Awam Taman Ria di sini,  malam tadi.
           

Sahabat-Gunung: Bagi aku, aku menyokong penuh kenyataan Datuk Ahmad Bashah nie, tapi janganlah sekadar berjanji….. kita kena buktikan bahawa Kedah confirm kembali bersama BN. Mana-mana kerusi Parlimen yang dah terlepas tu, dah jadi kewajipan BN untuk mengembalikan semula kerusi tersebut selain mempertahankan kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang sekarang bersama BN …..

Tapi yang lebih penting, pastikan tidak ada ‘masalah dalaman dalam BN Kedah’ sebagaimana apa yang berlaku dalam PAS Kedah … tikam belakang, hentam kini kanan, yang akhirnya melemahkan perpaduan dalam parti…. Hidup BN
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment