Sudah
diperlihatkan dengan jelas di hadapan mata, bagaimana rasis dan chauvinisnya
DAP, khasnya Lim Guan Eng dalam memerintah Pulau Pinang. Begitu juga dengan sifat kuku-besi dan tidak
telusnya sehingga suatu ketika dahulu membawa kepada perletakan jawatan Tan Boo
Chang, kounselor MPPP yang mewakili PKR, akibat tidak puas hati dengan isu SPICE.
Kini, satu lagi
bukti ketidaktelusan dan sifat kuku-besi Guan Eng terserlah apabila beliau
bertindak menjual projek pembangunan Bayan Mutiara kepada pemaju swasta. Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara
mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak
masjid.
Pembangunan Bayan
Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah
diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan
PDC Consultancy. PDC juga mempunyai anak
syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini.
Namun, entah atas
alasan apa dan sebab apa, kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan
keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan
Eng apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn
Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya
Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion.
Untuk makluman, Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10
billion.
Selain itu,
perjanjian pembelian ini juga menimbulkan persoalan konflik kepentingan kerana
kedua-dua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan iaitu Ketua Menteri Inc.
(CMI) dan PDC, diketuai oleh Guan Eng sendiri.
Jika Guan Eng
ikhlas ingin membantu rakyat dan menjana pendapatan negeri, tentu beliau tidak
akan membuat keputusan sebegini. Jelas, ada sesuatu yang tidak kena dalam
pentadbiran Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang.
Sekali gus, slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak
memberi erti.
Lebih menyedihkan
ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan pembinaan masjid. Dengan penjualannya, maka tapak masjid
tersebut juga dijual bersama. Lanjutan
dari itu, beberapa pemimpin UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng
supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan
kepada Majlis Agama Islam negeri.
Sekretariat
Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan
DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan
pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta.
Maka satu lagi
persoalan timbul, iaitu di manakah pemimpin-pemimpin PAS dalam isu ini? Tidakkah mereka juga sensitif mengenai
penjualan tapak masjid Bayan Mutiara ini?
Tidakkah mereka ingin memperjuangkan Islam sebagaimana yang
dilaung-laungkan selama ini?
Yang pastinya,
skandal Bayan Mutiara ini bukan sahaja membuktikan ketidaktelusan DAP, tetapi
juga membuktikan sifat hipokrasi PAS dalam mempertahankan kedaulatan
Islam.
Selama ini juga
PAS tidak pernah mengambil pusing soal pembinaan masjid atau platform dakwah
yang kukuh untuk menyebar dan mendaulatkan Islam sama ada dari segi tarikat
mahupun syariat. Buktinya, selama 22
tahun memerimtah Kelantan, hanya satu masjid yang dibina oleh PAS dan
selebihnya adalah dibina atas usaha UMNO.
Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah dari segi slogan dan pakaian
semata-mata. Oleh itu, apalah erti tapak masjid Bayan Mutiara ini bagi
PAS.
Dengan sikap DAP
yang rasis, tidak telus dan kuku-besi, serta sikap PAS yang tidak mengambil
pusing nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam, kita menjangkakan yang
kaum Melayu Pulau Pinang akan terus tertindas di bawah pemerintahan Pakatan
Rakyat. Secara tidak langsung, kaum-kaum
lain juga akan terjejas kerana nampaknya kerajaan negeri langsung tidak
meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam membuat keputusan.
Sebagai rakyat
marhaen, kita hanya mampu bertanya mungkinkah ada sesuatu antara Lim Guan Eng
dengan Tropicana Ivory Sdn Bhd?
Tetapi jangan
lupa, sebagai rakyat marhaen juga, kita punya kuasa untuk memilih kerajaan yang
akan memerintah negeri dan juga negara.
10:00 PM
sudah terang dah ... tapi yang pelik Puak PAS berdiam ja .. nak biar sahaja ker ? nak tunggu kena jual negeri kot