Kelab Putera 1Malaysia Buka Bilik Gerakan Selama 10 Hari


Gambar Hiasan

Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan bencana alam selama 10 hari khususnya untuk mangsa banjir di sekitar Selangor dan Perak, mulai hari ini.

Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata bilik gerakan tersebut dibuka di Kampung Attap di sini dan akan beroperasi selama 24 jam dalam menghadapi kejadian banjir.

"Kita juga mempunyai beberapa pusat gerakan yang bersiap sedia dalam menghadapi banjir antaranya di Kampung Attap bagi Selangor dan Tapah bagi Perak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya seramai 200 sukarelawan terdiri daripada 40 pegawai perubatan, 50 ahli paramedik dan 110 sukarelawan akan dikerahkan untuk membantu dalam misi bencana alam.

Menurutnya tiga tugas utama dalam misi itu ialah menyelamat mangsa, memberi bantuan makanan, perubatan dan barang keperluan serta mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan bencana.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung misi bantuan itu dengan menghubungi Kelab Putera 1Malaysia di talian bebas tol 1-300-88-1113 atau 03-2773-6004.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

12 Komen

Post a Comment