Kemelut Kerajaan PAS Kedah: DAP Dan PKR Mahu PAS Tunduk Dan Jadi “Pak Turut” Semata-Mata


Pakatan Pembangkang hanya bersatu untuk menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya sahaja tetapi sebarang keputusan dalam sesuatu isu hanya perlu dirujuk kepada parti masing-masing. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak semalam merupakan satu perkara yang merumitkan bagi sesebuah kerajaan yang berkongsi kerusi untuk membentuk kerajaan, ujar Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jerlun, Aswat Abu Bakar.

Ujarnya, apa yang berlaku ini sesuatu yang amat menyedihkan apabila mereka bersatu dan saling bantu membantu hanya untuk membentuk kerajaan semata-mata.

“Mereka tidak sama dari segi ideologi malahan dari sistem pentadbiran ahli-ahli dalam parti-parti yang bergabung, PAS, DAP dan PKR ini amat berbeza semata dan ini akan menyebabkan wujud pimpinan yang tidak cekap dan kebiasaannya, pimpinan sebegini akan menyebabkan wujud keadaan yang kurang baik dan tidak sempurna dalam pimpinan kerajaan negeri mahupun di peringkat persekutuan.

Apa yang dapat saya perkatakan dari sudut ini, pakatan pembangkang kini khususnya di kedah diibaratkan seperti ‘retak menanti belah.’ Hari ini membuktikan sekali lagi bahawa mereka sebenarnya sedang menghadapi masalah dalaman yang cukup serius kerana perbezaan ideologi dan perbezaan pandangan yang tidak lagi dapat diselamatkan lagi oleh mana-mana pihak,” ujarnya mengulas kemelut pimpinan kerajaan negeri Kedah yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Dalam masa yang sama, ujarnya dalam isu perlantikan EXCO Kerajaan Negeri Kedah ini, kita dapat melihat bagaimana golongan-golongan di dalam PAS Kedah sendiri telah pun dipengaruhi oleh kepimpinan daripada   parti-parti pembangkang yang lain khususnya DAP dan PKR.

“Tindakan ini dilihat sebagai usaha dan pendekatan DAP dan PKR  untuk menguasai PAS Kedah secara dalaman dengan menggunakan pemimpin-pemimpin PAS sendiri dan akhirnya perkara ini akan menyebabkan PAS terpaksa menjadi ‘Pak Turut’ kepada DAP dan PKR, khususnya di negeri Kedah ini,” tambahnya lagi. 



Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment